Hari Maktabah

Shah Alam - 28 Mac 2018 : Hari Maktabah telah diadakan pada 28 Mac 2018 bersamaan 10 Rejab 1439H selama sehari bertempat di Dewan Sakinah, Bangunan Sultan Idris Shah. Program yang julung-julung kali diadakan ini telah mendapat kerjasama daripada Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) Jabatan Mufti Negeri Selangor dan Perpustakaan Awam Negeri Selangor (PPAS). Hari Maktabah telah mulai dilaksanakan secara tahunan di Jabatan Mufti Negeri Selangor sejak tahun 2015 dan telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada seluruh warga Jabatan Mufti Negeri Selangor. Di antara pelaksanaan program yang telah dibuat adalah bengkel penulisan, slot ceramah, jom ulas buku dan pelbagai aktiviti menarik telah diadakan di perpustakaan JMNS.

PIC 1Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Sahibus Samahah Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor, Dato’ Haji Mohd Tamyes Bin Abdul Wahid

PIC 2

Di antara peserta yang telah hadir ke program Hari Maktabah yang turut mendapat penyertaan daripada agensi luar seperti JAIS, JAKESS dan PWS.

Bertepatan dengan peranan Maktabah sebagai gedung ilmu yang tiada sempadan,  program ini turut diadakan bagi menghimpun pelbagai sumber-sumber ilmu melalui pelbagai slot perkongsian ilmu. Program telah dirasmikan oleh Sahibus Samahah Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor, Dato’ Haji Mohd Tamyes Bin Abdul Wahid. Slot pertama adalah Bedah Buku yang telah disampaikan oleh YBhg. Prof Muhammad Kamil bin Ibrahim yang meliputi semua buku hasil nukilan beliau yang telah mendapat sambutan yang amat memberangsangkan. Diikuti pada slot kedua telah dikongsikan berkenaan pengurusan kesihatan jiwa dan mental yang disampaikan oleh YBhg. Tuan Muhammad Faeez bin Zakaria daripada Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam dan pada sebelah petang disambung dengan slot ilmu keibubapaan oleh Pengasas Tadika Dzul Iman Smart Khalifah, Puan Badariah Binti Ismail.                 

PIC 3

Slot 1 - Bedah Buku oleh YBhg. Prof Muhammad Kamil bin Ibrahim

PIC 4

Slot 2 - Pengurusan Kesihatan Jiwa dan Mental oleh Tuan Muhammad Faeez bin Zakaria               

PIC 5

Slot 3 – Didik Anak Cinta Solat oleh Puan Badariah Binti Ismail, Pengasas Tadika Dzul Iman Smart Khalifah

Turut menyertai program Hari Maktabah adalah beberapa pameran dan jualan buku daripada YBhg. Prof Muhammad Kamil bin Ibrahim, Puan Badariah Binti Ismail, Syarikat Galeri Ilmu, Perpustakaan Bergerak dan kaunter daftar keahlian oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor, Klinik Quran oleh Ustaz Muhammad Fakhri Bin Zamri dan sudut IT oleh Putera Mobile Fix.

PIC 6 PIC 7 PIC 8

PIC 9 PIC 11 PIC 10

Jumlah Pengunjung: 736112

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

  • Kemaskini Terakhir: 12 November 2018.
 qrnew

Penafian : Jabatan Mufti Negeri Selangor tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan informasi yang diperolehi daripada portal ini dan penggunaan Google Translate untuk Bahasa Inggeris dan bahasa asing adalah tidak tepat.

Sesuai dipaparkan menggunakan pelayar Mozilla Firefox versi 24 ke atas dengan resolusi minima 1366x768

Hakcipta Terpelihara © Jabatan Mufti Selangor 2016