Replika Jenjarom Arah Yang Satu

23 - 24 Februari, Program 3K Kuala Langat telah mendapat sambutan yang mengalakkan. Program turun padang agensi kerajaan di bawah Exco Agama kerajaan Negeri Selangor telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya di Masjid Kg Jenjarom.

Jabatan Mufti Negeri Selangor tidak terkecuali dijemput hadir membuka ruangan pameran dan berkongsi info dengan rakyat setempat. Turut berkunjung di booth JMNS adalah artis dan penceramah jemputan Ustaz Don Danial telah menjadi tumpuan pada malam tersebut.

Disaat manusia masih hidup, kiblat ke arah kaabah adalah menjadi pendoman dalam kesatuan rakyat seluruh dunia disaat mendirikan solat. Begitu juga setelah kematian menjemput, arah yang sama dihadap ketika jenazah dikebumikan.

Pihak Masjid Kg Jenjarom atau Pengurusan Tanah Perkuburan telah menyediakan replika arah kiblat yang dipacakkan oleh YB Dato’ Dr Yunus Hairi di atas tanah perkuburan. Replika ini penting untuk menjadi panduan kepada pengali kubur agar tidak tersasar arah yang salah semasa pengebumian dilaksanakan.

Jabatan Mufti Negeri Selangor berharap mana-mana tanah perkuburan yang masih belum ada replika kubur adalah menjadi tanggungjawab pihak masjid atau pengurusan tanah perkuburan untuk menyediakannya.

Sebarang permohonan arah kiblat boleh hubungi Jabatan Mufti Negeri Selangor ini atau layari link berikut bit.ly/semakkiblat .

3kjenjarom

Jumlah Pengunjung: 643033

  • Kemaskini Terakhir: 21 Jun 2018.
 qrnew

Penafian : Jabatan Mufti Negeri Selangor tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan informasi yang diperolehi daripada portal ini dan penggunaan Google Translate untuk Bahasa Inggeris dan bahasa asing adalah tidak tepat.

Sesuai dipaparkan menggunakan pelayar Mozilla Firefox versi 24 ke atas dengan resolusi minima 1366x768

Hakcipta Terpelihara © Jabatan Mufti Selangor 2016