Jabatan Mufti giat laksana program MEMASYARAKATKAN FATWA

Shah Alam – 22 Februari, Jabatan Mufti Negeri Selangor dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor telah berjaya menganjurkan program Bicara Fatwa Selangor Guru-guru JAIS Daerah Petaling bertempat di Dewan Seminar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Program ini bertujuan untuk memberi maklumat kefatwaan kepada peserta seterusnya memberi kesedaran agar setiap fatwa yang diputuskan dapat dipatuhi.  

Program ini dimulakan dengan pembentangan oleh Ustaz Abdul Halem Hapiz bin Salihin selaku Setiausaha Jawatankuasa Fatwa Selangor yang membentangkan fatwa-fatwa ajaran sesat. Sesi kedua pula membicarakan fatwa-fatwa syariah dan sosial disampaikan oleh Tuan Hj. Mat Jais bin Kamos selaku Ahli Jawatankuasa Fatwa Selangor.

                                 1            2

Penyelaras program us. Rizal Ramli berkata program Bicara Fatwa Selangor ini merupakan siri yang pertama untuk tahun 2018.

"Kita cadang untuk laksanakan program ini dengan penglibatan guru-guru JAIS daerah . Petaling, Gombak, Klang, dan Hulu Langat."

Beliau menambah program yang dianjurkan dengan kerjasam Unit Pendidikan Islam Daerah Petaling menyasarkan Guru-guru Sekolah JAIS sebagai maklumat tambahan dalam sesi pembelajaran di sekolah.

Sementara itu Us Abdul Halem Hapiz, Setiausaha Jawatankuasa Fatwa Selangor memaklumkan bahawa program Bicara Fatwa Selangor ini merupakan salah satu mekanisme penyebaran fatwa di Selangor. 

"Pelbagai pendekatan telah dan sedang dilaksanakan untuk memasyarakatkan fatwa melalui program Bicara Fatwa, Mesra Ummah Bersama Jabatan Mufti, hebahan di akhbar, perkhidmatan SMS, Banner Fatwa dan yang terkini melalui Billboard".

Para peserta yang ditemui turut melahirkan rasa berpuas hati terhadap pelaksanaan program tersebut. Kebanyakan peserta mencadangkan agar program seumpama ini diadakan lebih kerap kepada guru-guru sekurang-kurangnya dua kali setahun.

3    4

Jabatan Mufti Negeri Selangor merakamkan ucapan terima kasih atas bantuan dan kerjasama semua pihak yang terlibat menjayakan program Bicara Fatwa Selangor ini.

Jumlah Pengunjung: 752753

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

  • Kemaskini Terakhir: 12 Disember 2018.
 qrnew

Penafian : Jabatan Mufti Negeri Selangor tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan informasi yang diperolehi daripada portal ini dan penggunaan Google Translate untuk Bahasa Inggeris dan bahasa asing adalah tidak tepat.

Sesuai dipaparkan menggunakan pelayar Mozilla Firefox versi 24 ke atas dengan resolusi minima 1366x768

Hakcipta Terpelihara © Jabatan Mufti Selangor 2016