Kerdipan Bintang Dilangit Binjai Jaya

9 - 10 Februari 2018 - Jabatan Mufti Selangor terlibat secara langsung dalam menjayakan Program 3K di Masjid Binjai Jaya daerah Sabak Bernam.

Bahagian Falak terlibat dalam menjayakan program meneroka angkasa yang dapat menyaksikan beberapa objek samawi pada malam tersebut.    

                      3   4

YB Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi, Exco Kerajaan Negeri Selangor turut bersama menyaksikan objek-objek samawi seperti Gugusan Bintang Pleiades (Star Cluster), Buruj Orion dan Bintang Sirius.

 adalah himpunan bintang yang berada di dalam satu kelompok yang dapat dilihat terus dari pandangan mata. Terdiri dari 7 bintang yang bercahaya terang.

1

Pleiades

Buruj Orion atau dikenali dengan nama Belantik. Belantik boleh dilihat di langit malam ketika mahgrib dari bulan Disember sehingga Mac. Di saat Belantik di atas kepala akan kelihatan sebaris 3 bintang selari menghadap ke arah kiblat.

2

Buruj Belantik

Manakala Sirius adalah bintang yang terang dan disebut di dalam al Quran dalam surah An-Najm ayat 49 sebagai As-Syi’ra. Bintang ini merupakan bintang paling cerah yang boleh dilihat dengan mata kasar.

Keindahan angkasa dapat disaksikan dengan rasa bersyukur dan kebesaran Allah SWT dalam mencari erti seorang hamba-Nya.

Terbuka kepada mana-mana masjid untuk bersama-sama menganjurkan program berkaitan ilmu falak di tempat masing-masing. Boleh layari bit.ly/falakjv untuk maklumat lanjut.

Disunting oleh : Azezul Azery bin Zul Azmi

Jumlah Pengunjung: 628068

  • Kemaskini Terakhir: 23 Mei 2018.
 qrnew

Penafian : Jabatan Mufti Negeri Selangor tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan informasi yang diperolehi daripada portal ini dan penggunaan Google Translate untuk Bahasa Inggeris dan bahasa asing adalah tidak tepat.

Sesuai dipaparkan menggunakan pelayar Mozilla Firefox versi 24 ke atas dengan resolusi minima 1366x768

Hakcipta Terpelihara © Jabatan Mufti Selangor 2016