Melihat Kaca Mata Fenomena Alam Dengan Tanda Bersyukur

Astronomi atau Ilmu Falak merupakan satu ilmu yang berkait rapat dengan Islam sejak ribuan tahun lagi. Ilmu Falak sangat berkait rapat dengan rukun Islam kedua. Jika ilmu ini tidak dipupuk dalam generasi hari ini, dibimbangi generasi akan datang akan melihat fenomena seperti gerhana sebagai fenomena kosong dan tidak bermakna.

31 Januari 2018 yang lalu telah menyaksikan suatu fenomena Gerhana Bulan Penuh di Malaysia khususnya di Selangor. Fenomena Gerhana Bulan bukanlah semata-mata fenomena kosong yang tiada erti dalam kehidupan sebagai seorang muslim. Bahkan, Islam amat menganjurkan untuk sama-sama mensyukuri saat itu dengan mendirikan Solat Gerhana Bulan dan mendengar Khutbah Gerhana.

Program seumpama ini mendapat sambutan yang memberangsangkan apabila pelbagai Kelab Falak Sekolah di Negeri Selangor menyambut baik dengan membuat program di sekolah masing-masing.

Jabatan Mufti Negeri Selangor terlibat secara langsung di tiga buah tempat secara serentak di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Masjid Negeri Selangor, Shah Alam, di Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam dan Sekolah Kebangsaan Cheras Jaya, Cheras.

Program ini berjaya mencapai objektif dan tujuan untuk memberi pendedahan dan mewujudkan kecintaan terhadap bidang sains angkasa serta memupuk minat murid-murid dan masyarakat dalam bidang sains angkasa dan astronomi serta mengamalkan sunnah Rasulullah SAW.

Pelbagai lagi fenomena angkasa yang akan disaksikan sepanjang tahun 2018 ini. Justeru itu dialukan bagi mana-mana sekolah dan masjid untuk sama-sama membangun generasi celik falak ditempat masing-masing. Anda boleh layari bit.ly/falakjv untuk bersama merancang program yang mengubah sudut pandang dalam dimensi masa depan.

Disunting oleh : Azezul Azery bin Zul Azmi

 g1        g2

 Solat Sunat Gerhana Bulan diadakan di SK Cheras Jaya

   g5    IMG 20180131 WA0060

Cerapan dan Solat Sunat Gerhana turut diadakan di SAMTAJ Shah Alam

             IMG 20180131 WA0050   IMG 20180131 WA0049   IMG 20180131 WA0051

Antara jemaah yang hadir ketika cerapan dan solat sunat gerhana di Balai Cerap Selangor

  g9   g8

 Di lokasi lain yang turut mengadakan program cerapan adalah di SAMTIJ Sungai Besar dan Masjid Negeri, Shah Alam

Jumlah Pengunjung: 574624

  • Kemaskini Terakhir: 21 Februari 2018.
 qrnew

Penafian : Jabatan Mufti Negeri Selangor tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan informasi yang diperolehi daripada portal ini dan penggunaan Google Translate untuk Bahasa Inggeris dan bahasa asing adalah tidak tepat.

Sesuai dipaparkan menggunakan pelayar Mozilla Firefox versi 24 ke atas dengan resolusi minima 1366x768

Hakcipta Terpelihara © Jabatan Mufti Selangor 2016