Lawatan Pelajar Politeknik Sultan Idris Shah ke Balai Cerap Selangor

Balai Cerap Selangor, Sg. Lang, Sabak Bernam telah menerima lawatan daripada Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam yang terdiri daripada kira-kira 40 orang pelajar dan 5 orang pensyarah pada 7 Ogos 2017 yang lepas. 

photo 2017 08 08 12 19 38   

Para pelajar turut diberikan penerangan mengenai kaedah penentuan arah kiblat serta praktikal menentukan arah kiblat menggunakan kaedah matahari terbenam di pelantar cerapan Balai Cerap Selangor. Taklimat disampaikan oleh Ustaz Ismail Bin Ibrahim.

photo 2017 08 08 15 18 40

Pada sebelah malam, para pelajar diberikan taklimat mengenai objek-objek samawi di langit menggunakan perisian Stellarium. Program berakhir dengan aktiviti cerapan menggunakan teleskop di kubah cerapan Balai Cerap Selangor. Walaupun cuaca agak mendung, para pelajar sangat teruja dapat melihat teleskop di Balai Cerap Selangor. 

Jika berminat untuk mengadakan lawatan ke Balai Cerap Selangor, boleh menghubungi Encik Norameen bin Burhanuddin di talian 03-3213 6043 atau emel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

 

Jumlah Pengunjung: 555768

  • Kemaskini Terakhir: 16 Januari 2018.
 qrnew

Penafian : Jabatan Mufti Negeri Selangor tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan informasi yang diperolehi daripada portal ini dan penggunaan Google Translate untuk Bahasa Inggeris dan bahasa asing adalah tidak tepat.

Sesuai dipaparkan menggunakan pelayar Mozilla Firefox versi 24 ke atas dengan resolusi minima 1366x768

Hakcipta Terpelihara © Jabatan Mufti Selangor 2016