Webmail

Waktu solat
  • Imsak 05:43
  • Subuh 05:53
  • Syuruk 07:09
  • Zohor 13:19
  • Asar 16:33
  • Maghrib 19:25
  • Isyak 20:35

carian1akses

A- A A+
Arial | PT Sans | Century

Penduduk teruja lihat fenomena gerhana bulan

 SABAK BERNAM - Kira-kira 10 orang penduduk termasuk pelajar dari Madrasah Ummul Qura, Kampung Tebuk Mufrad teruja melihat sendiri fenomena gerhana bulan separa di Balai Cerap Selangor di Sungai Lang di sini awal pagi tadi.

Penolong Jurutera Mekanikal Balai Cerap Selangor, Khairul Nizaam Wahab berkata, fenomena gerhana bulan separa berlaku selama 1 jam 55 minit bermula 1.22 hingga 03.18 pagi.

Penduduk tidak melepaskan peluang menyaksikan fenomena gerhana bulan separa di Balai Cerap Selangor, Sungai Lang, di sini, awal pagi tadi.

 Katanya, penduduk di negara ini akan menyaksikan bulan akan bergelap kira-kira 30 peratus pada waktu kemuncak gerhana bulan kali ini.

"Orang ramai yang hadir berpeluang melihat fenomena ini secara langsung menggunakan teleskop canggih yang terdapat di Balai Cerap Selangor.

"Mereka dapat mencerap fasa gerhana separa bermula iaitu bayang-bayang umbra bumi jatuh dipermukaan bulan pada pukul 1.22 pagi sehingga kemuncak fasa gerhana bulan dengan maksima 30 peratus permukaan gelap pada pukul 2.20 pagi sebelum keadaan kembali normal pada 3.18 pagi.

"Keseluruhan kejadian gerhana bulan separa berlaku dalam tempoh hampir dua jam," jelasnya.

Tambah Khairul Nizaam, mereka juga berkesempatan mengadakan solat sunat gerhana bulan. - K! ONLINE

Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0808&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_15.htm#ixzz4pEAM9IEi