Inovasi Hebahan Fatwa

INOVASI HEBAHAN FATWA: Fatwa @ Billboard

Pelan Strategik Jabatan Mufti Selangor (2015-2019), telah menggariskan Teras Strategik Kedua iaitu “Pengukuhan Profesionalisme Institusi Mufti Melalui Bidang Kefatwaan”. Antara inisiatif untuk merealisasikan teras tersebut ialah mempertingkat pengetahuan dan kefahaman fatwa dalam kalangan umat Islam melalui kempen kesedaran, program pendidikan dan hebahan fatwa.

Pelbagai mekanisme hebahan telah dan sedang dilaksanakan oleh Jabatan Mufti antaranya melalui perkhidmatan SMS, banner, poster dan youtubeMatlamatnya adalah untuk menghebahkan keputusan fatwa kepada masyarakat secara menyeluruh dengan berkesan

Senario tuntutan perkhidmatan pelanggan yang menitikberatkan kecekapan perkhidmatan ketika ini, memerlukan anggota perkhidmatan awam meningkatkan tahap penyampaian sedia ada. Justeru, Bahagian Fatwa memberi fokus terhadap amalan dan budaya inovasi dalam usaha melancarkan sistem penyampaian perkhidmatan Jabatan Mufti Selangor.

YAB Dato’ Menteri Besar Selangor semasa perbahasan bajet pada 27 November 2012 menyatakan bahawa:

Saya akan berbincang dengan Pejabat Mufti dan juga bagaimana cara kita menyelesaikan masalah fahaman dan akidah di negeri (ini) melalui cara memberikan penjelasan dengan lebih bijaksana dan berkesan”.

Terdapat juga pandangan masyarakat berkenaan fatwa iaitu:

”Apabila kita hendak counter kita hendak cari cara yang paling kreatif. Saya tidak jumpa lagi (di Malaysia). Kita ada fatwa yang berkaitan dengan jihad, KITA JADIKAN (PERSEMBAHKAN) FATWA INI DALAM BENTUK YANG KREATIF, RINGKAS DAN MUDAH DIFAHAMI SERTA MENARIK. Bukannya kita suruh mereka baca himpunan-himpunan fatwa.” (Nasharuddin Mat Isa, Ketua Pegawai Eksekutif Gerakan Kesederhanaan Global. Dipetik daripada Utusan Malaysia, 26 Julai 2016).

 Justeru, Jabatan ini meningkatkan lagi momentum hebahan fatwa dengan inisiatif baharu iaitu Fatwa @ Billboard. Strategi ini mampu memberi impak kepada masyarakat dan sebagai inovasi dalam hebahan fatwa yang pertama kali diperkenalkan di Negeri Selangor.

Inovasi hebahan fatwa (Fatwa @ billboard) mula diwujudkan pada hujung tahun 2016 bermatlamat untuk memasyarakatkan fatwa disamping memenuhi keperluan masyarakat mendapatkan maklumat kefatwaan dengan pendekatan “lihat dan tahu”.

Pada masa kini, Jabatan Mufti Selangor telah mendapat kerjasama daripada beberapa buah PBT yang memberi kebenaran menggunakan billboard milik PBT berkenaan. Disamping itu, Jabatan ini telah menerima peruntukan daripada TAPIS berumlah RM53,000 untuk hebahan fatwa @ billboard dalam skala yang lebih besar lagi iaitu di lebuh raya utama.

Maklumat Fatwa @ Billboard adalah seperti berikut:

Fatwa

Persoalan Bid’ah

Tempoh

1 Tahun

 

Lokasi

 Selangor

a)     Billboard milik PBT

 i.     MDKL : Hadapan Dataran Banting, Kuala Langat

ii.     MBSA : Bulatan Jubli Perak , Seksyen 24, Shah Alam.

iii.    MDKS : Kaw. Gerai Ikan Masin, Pasir Penambang, Kuala Selangor

iv.    MPK    : Tepi jambatan Musaeddin/ Sungai Klang

v.     MDHS : Hadapan satdium mini KKB

vi.    MBPJ  : Digital Billboard

 

b)     Billboard di Lebuh raya

 i.    Lebuh raya PLUS Selatan dari Nilai ke Bangi (KM 292.5)

ii.    Lebuh raya PLUS Utara dari Bkt. Beruntung ke Rawang (KM438)

iii.   Lebuh raya ELITE Utara dari USJ ke Ebor (KM6.5)

iv.   Lebuh raya PLUS Selatan dari Bangi ke Nilai (KM293.3)

v.    Lebuh raya ELITE Selatan dari Putrajaya ke KLIA (KM25.4)

billboard  billboard2

Di antara hebahan melalui billboard yang telah dipasang di beberapa kawasan.

Inovasi hebahan fatwa @ billboard ini telah membuktikan bahawa system penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat perlu lebih kreatif dan melangkaui jangkaan pelanggan.

Pendekatan seumpama ini mampu memberi peluang kepada masyarakat sama ada dalam mahupun luar Selangor untuk melihat, mengetahui dan memahami sesuatu fatwa yang diputuskan.

Suntingan : 

RIZAL BIN RAMLI, A.M.S
Penolong Mufti (Istinbat), Bahagian Fatwa

Jumlah Pengunjung: 628068

  • Kemaskini Terakhir: 23 Mei 2018.
 qrnew

Penafian : Jabatan Mufti Negeri Selangor tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan informasi yang diperolehi daripada portal ini dan penggunaan Google Translate untuk Bahasa Inggeris dan bahasa asing adalah tidak tepat.

Sesuai dipaparkan menggunakan pelayar Mozilla Firefox versi 24 ke atas dengan resolusi minima 1366x768

Hakcipta Terpelihara © Jabatan Mufti Selangor 2016