Webmail

Waktu solat
  • Imsak 05:31
  • Subuh 05:41
  • Syuruk 06:56
  • Zohor 13:00
  • Asar 16:19
  • Maghrib 18:59
  • Isyak 20:10

carian1akses

A- A A+
Arial | PT Sans | Century

Senarai Mufti Terdahulu

gambar m1

Sheikhul Islam (Tahun Berkhidmat : 1935 - 1952)

Tengku Mahmud Zuhdi bin Tengku Abdul Rahman

  • Dilahirkan pada tahun 1885 di Pattani, Thailand.
  • Belajar di Mekah selama 21 tahun.
  • Pernah menjadi ulama di Mekah di bawah pemerintahan Sultan Sharif Husin, Arab Saudi.
  • Pada tahun 1930 hingga 1935 menjadi Penasihat Agama di negeri Selangor dan kemudian dilantik menjadi Sheikhul Islam Pertama di negeri Selangor pada tahun 1935.
  • Ketika itu masih belum wujud lagi jawatan Mufti di negeri Selangor.
  • Setelah berhenti dari perkhidmatan pada 1952 beliau pergi ke Mekah dan menetap di sana.
  • Beliau telah meninggal dunia pada 10 Oktober 1956 di Mekah, Arab Saudi.
gambar m2

Mufti Selangor Pertama (1953 - 1968)

Sahibus Samahah Dato' Seri Utama Diraja Dato' Haji Yusof Bin Sahabuddin

  • Dilahirkan pada tahun 1883 di Kampung Teluk Menegun, Klang, Selangor.
  • Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Teluk Menegun dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke Pondok Padang Lalang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
  • Pada tahun 1911 hingga 1917 beliau melanjutkan pelajaran ke Mekah, Arab Saudi.
  • Pada tahun 1953 hingga 1968 beliau telah dilantik sebagai Mufti Selangor.
  • Setelah bersara beliau dan keluarga telah berangkat ke Mekah, Arab Saudi dan menetap di sana.
  • Beliau telah kembali ke rahmatullah pada tahun 1973 di Mekah, Arab Saudi.
gambar m3

Mufti Selangor Kedua (Tahun Berkhidmat : 1968 - 1973)

Sahibus Samahah Dato' Seri Utama Diraja Dato' Haji Ghazali bin Haji Abdullah

  • Dilahirkan pada 30 Mei 1915 di Kampung Padang Tenggala, Bota Kanan, Parit, Perak.
  • Di peringkat awal beliau belajar di Sekolah Melayu Bota Kanan serta Sekolah Quran. Kemudian menyambung pelajaran ke Sekolah Agama Daerah Al-Ma'rif Al-Wataniah, Kepala Batas, Seberang Prai dari tahun 1931 hingga 1935.
  • Pada tahun 1937 - 1941 melanjutkan pelajaran ke Madrasah As-Saulatiah Al-Diniah, Mekah.
  • Pada tahun 1947, beliau bertugas sebagai guru agama di Sekolah Agama Rakyat, Kampung Layang-Layang Kanan, Parit, Perak. Dua tahun kemudian menjadi Guru Penolong Kanan di Madrasah Ulum Al-Syariah, Bagan Datoh, Perak.
  • Pada tahun 1950 dilantik menjadi Ahli Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak. Beliau juga pernah menjawat jawatan Kadi di pejabat Agama Islam Negeri Perak dari tahun 1953 - 1963 dan menjadi Yang Dipertua Majlis Ulamak Perak.
  • Dilantik sebagai Pemangku Mufti Perak pada tahun 1965. Pada 27 Ogos 1965 sehingga 31 Mei 1968 dilantik sebagai Imam Besar pertama Masjid Negara.
  • Pada 1 Jun 1968 hingga 31 Disember 1973 telah dilantik sebagai Mufti Selangor yang berpejabat di Kelang dan Ahli Dewan DiRaja Negeri Selangor.
  • Setelah menamatkan perkhidmatan beliau kembali ke Ipoh dan dilantik sebagai Mufti Perak pada 01 Mac 1977 sehingga  28 Februari 1981 dan juga Ahli Dewan Negeri Perak
  • Beliau telah kembali ke rahmatullah pada 13 Jun 1981 di rumahnya di Teratak Al-Ehsan dan dikebumikan di tanah Perkuburan Gurab, Jalan Kuala Kangsar, Perak.
gambar m4

Mufti Selangor Ketiga (Tahun Berkhidmat : 1974 - 1976)

Sahibus Samahah Dato' Seri Utama Diraja Dato' Haji Md. Salleh bin Hassan Farid

  • Dilahirkan pada 10 Mac 1910 di Pontianak, Indonesia.
  • Beliau dilantik sebagai Mufti Selangor pada 1 Januari 1974 hingga 29 Februari 1976.
  • Beliau telah meninggal dunia pada tahun 1992 di rumah anaknya di Shah Alam, Selangor.
gambar m5

Mufti Selangor Keempat (Tahun Berkhidmat : 1976 - 1985)

Sahibus Samahah Dato' Seri Utama Diraja Dato' Haji Hassan bin Haji Omar

  • Dilahirkan pada 16 November 1922 di Kuang, Selangor.
  • Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kuang dan melanjutkan pelajaran ke Sekolah Agama Arab Kuang.
  • Pada 1939 - 1942 beliau melanjutkan pelajaran ke Madrasah Dinniah, Bukit Tinggi, Indonesia dan seterusnya belajar di Sekolah Normal Islam di Padang, Indonesia selama 6 bulan kerana Jepun telah menyerang Indonesia.
  • Pada tahun 1943 - 1944 beliau mengajar di Sekolah Agama Rakyat Segambut dan pada penghujung tahun 1944 - 1960 beliau mengajar di Sekolah Agama Kerajaan Kuang.
  • Kemudian beliau dilantik menjadi Kadi di Kuang, pada tahun 1961 ditukar menjadi Kadi di Kelang.
  • Beliau dilantik menjadi Mufti Selangor pada bulan Februari 1976 hingga bulan Jun 1985.
gambar m6

Mufti Selangor Kelima (Tahun Berkhidmat : 1985 - 1997)

Sahibus Samahah Dato' Seri Utama Diraja Dato' Haji Ishak bin Haji Baharom

  • Dilahirkan pada 1 September 1930 di Kampung Bt.22, Kanchong Darat, Banting, Selangor.
  • Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kanchong Darat, Banting pada tahun 1935 hingga 1941.
  • Pada tahun 1943 menyambung pelajarannya ke Sekolah Menengah Arab Madrasah Al-Masriah, Bukit Mertajam, Seberang Prai hingga tahun 1957.
  • Seterusnya beliau melanjutkan pelajarannya ke Darul Ulum, Deobran, India sehingga 1962.
  • Beliau pernah bertugas sebagai guru di Madrasah Al-Masriah selama 2 tahun.
  • Pada 15 Ogos 1985 beliau telah dilantik sebagai Mufti Selangor dan tamat perkhidmatan pada 31 Oktober 1997 setelah bertugas selama hampir 12 tahun. Selepas itu beliau meneruskan khidmat baktinya sebagai Pendakwah Bebas.
  • Pada 30 Januari 2008, Dato' Haji Ishak, berumur 78 tahun, meninggal dunia akibat pendarahan dalam kepala pada jam 2.30 pagi di Hospital Sungai Buloh.