Kata Aluan

mufti

Dato' Seri Utama Diraja Mufti Selangor

Sahibus Samahah Dato' Setia Hj. Mohd. Tamyes b. Abd. Wahid

Assalamualaikum W.B.T.

Segala puji bagi Allah Subhanahu Wata'ala, selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wasallam, pembawa rahmat ke seluruh alam.

Saya amat bersyukur kepada Allah dengan taufiq 'inayah serta keizinannya jua, Jabatan Mufti Negeri Selangor, telah berjaya membina laman web untuk tatapan masyarakat Islam negeri ini khasnya dan seluruh pengunjung internet, dimana jua mereka berada.

Bertepatan dengan arus pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang canggih ini, Jabatan Mufti Negeri Selangor mengambil inisiatif dan tanggungjawab penuh untuk mempelbagaikan pendekatan komunikasi serta cara penyampaian maklumat yang lebih tepat, telus dan cepat Jabatan untuk disalurkan kepada umum khasnya.

Adalah diharapkan para pengunjung dapat melayari laman web ini dengan penuh hikmah, bagi mengemukakan isu isu semasa yang berkaitan dengan hal ehwal agama Islam. Semoga ia dimanafa'atkan oleh semua lapisan masyarakat yang cintakan kebenaran, keamanan dan kedamaian.

Sekian wassalam.

Sahibus Samahah Dato' Setia Hj. Mohd. Tamyes b. Abd. Wahid

Jumlah Pengunjung: 606134

  • Kemaskini Terakhir: 20 April 2018.
 qrnew

Penafian : Jabatan Mufti Negeri Selangor tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan informasi yang diperolehi daripada portal ini dan penggunaan Google Translate untuk Bahasa Inggeris dan bahasa asing adalah tidak tepat.

Sesuai dipaparkan menggunakan pelayar Mozilla Firefox versi 24 ke atas dengan resolusi minima 1366x768

Hakcipta Terpelihara © Jabatan Mufti Selangor 2016