ePenyertaan

E-Penyertaan Awam

Kategori Topik Pautan Dan Status Dibuka Keputusan
Perkhidmatan Kajian Kepuasan Pelanggan Jabatan Mufti Negeri Selangor Borang Kajian [Sedang Dibuka] Sedang dibuka
Perkhidmatan Undian Tahap Perkhidmatan Online Ruangan Undian [Sedang Dibuka] Sedang dibuka

Mengenai E-Penyertaan

E-Penyertaan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan ketelusan dan penyertaan awam dalam mempertingkatkan mutu perkhidmatan Jabatan Mufti Negeri Selangor. Ia juga menyediakan asas bagi hubungan produktif, dialog dan perbincangan yang lebih baik, dan tadbir urus yang teratur. Objektif E-Penyertaan adalah untuk melibatkan rakyat dalam dasar pembangunan dan proses membuat keputusan melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Antara Saluran komunikasi yang digunakan adalah seperti Borang Kajian Online, Konsultasi Awam, Maklum Balas Pertanyaan, Undian, Media Sosial rasmi iaitu Facebook dan Twitter.


Polisi E-Penyertaan

Jabatan Mufti Negeri Selangor amat mengalu-alukan penyertaan anda dengan mematuhi terma dan syarat penyertaan yang telah ditetapkan seperti berikut: 

  • Sebarang kenyataan yang menyentuh sensitiviti sesama kaum, agama dan politik adalah dilarang sama sekali.
  • Dilarang menjatuhkan maruah, menyerang peribadi & mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan peserta yang lain.
  • Kekalkan budaya berbudi bahasa rakyat Malaysia dengan mengelakkan dari menggunakan bahasa kesat
  • Tidak digalakkan bersembang atau menghantar ayat yang lari daripada topik utama.
  • Topik dan link ke laman web LUCAH adalah DILARANG sama sekali.
  • Pastikan kenyataan/topik anda tidak menyalahi peraturan ‘COPYRIGHT LAW’, ‘TRADEMARK’, ‘PATENT’ dan lain-lain.
  • DILARANG menggunakan ruangan E-Penyertaan ini sebagai tempat untuk menjalankan sebarang surat berantai, E-mel sampah (junk E-mail) samada secara komersil atau sebaliknya.
  • Tidak dibenarkan memuat naik fail-fail yang mengandungi virus-virus komputer seperti virus “Trojan Horses”, “worms”, “time bombs”, “cancel boots” atau apa-apa sahaja perisian atau program-program yang boleh merosakkan operasi sesebuah komputer pengguna yang lain.
  • Pihak pentadbir ruangan E-Penyertaan di dalam mana-mana keadaan tidak mengesahkan, menyokong, mewakili atau menjamin sebarang kebenaran, ketepatan atau kebolehpercayaan mana-mana kenyataan/topik yang di buat di dalam ruangan E-Penyertaan ini. Individu itu sendiri seharusnya faham bahawa sebarang risiko berhubung kebolehpercayaan sesuatu bahan di dalam ruangan ini adalah ditanggung oleh individu itu sendiri.
  • Pihak pentadbir ruangan E-Penyertaan berhak meminda dan memadam mana-mana kenyataan/topik pada bila-bila masa tanpa memaklumkan kepada penulis kenyataan/topik berkenaan.
  • Sebagai peserta atau mengeluarkan kenyataan dalam ruangan E-Penyertaan ini, anda termaktub dengan terma dan syarat Garis Panduan E-Penyertaan.
  • Pihak pentadbir ruangan E-Penyertaan berhak meminda Polisi dan Garis Panduan e-Penyertaan ini pada bila-bila masa tanpa sebarang pengumuman/notis.

Total Visitor: 883477

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

  • Last Modified: 13 June 2019.

Disclaimer : Jabatan Mufti Negeri Selangor is not responsible for any loss or damage caused by the use of information obtained from this portal and using a Google Translate for English and foreign languages are not accurate.

Best view by using Mozilla Firefox web browser 24 and above with minimum resolution 1366x768

Copyright © 2016 Jabatan Mufti Negeri Selangor