A A
Arial | PT Sans | Century
A- A A+

Majlis Penyampaian Amanat Tahun 2020

Shah Alam, 10 Januari - Satu majlis penyampaian amanat bagi tahun 2020 telah diadakan pada pagi ini bertepat di Bilik Mesyuarat Raja Mahmud Zohdi, Jabatan Mufti Negeri Selangor. Penyampaian amanat ini telah disempurnakan oleh S.S. Dato' Setia Haji Mohd Tamyes Bin Abd Wahid, Dato' Seri Utama Diraja Mufti Selangor kepada seluruh warga kerja Jabatan Mufti Negeri Selangor. Di antara amanat penting yang telah disampaikan adalah berkenaan penjenamaan semula soal jawab agama kepada Taudhih Al-Ahkam yang bertujuan menghebahkan dan memberi penerangan kepada masyarakat umum berkenaan hukum-hakam dan fatwa secara infografik dan rakaman melalui media sosial.

   

Melalui Bahagian Falak pula, pelbagai perencanaan dalam menyampaikan informasi falak kepada masyarakat umum termasuk kakitangan Jabatan yang tidak mempunyai ilmu asas berkenaan falak melalui pelaksanaan kursus dan latihan seperti penentuan arah kiblat dan sebagainya. Pegawai dan kakitangan turut diberi pendedahan berkenaan pengwujudan sistem pangkalan data soal jawab agama dan peminjaman buku perpustakaan yang telah mengautomasikan gerak kerja sedia ada di Bahagian Maktabah. Selain itu juga, semua pegawai dan kakitangan juga disarankan supaya memaksimakan penggunaan teknologi ICT dalam tugasan seharian dan sentiasa melindungi maklumat Jabatan dan memastikan kata laluan yang digunakan kukuh. Amalan kerja berintegriti dan sentiasa menjaga kerahsiaan maklumat kerajaan juga hendaklah diberi perhatian oleh semua pegawai dan kakitangan sebagai penjawat awam.

   

Turut diadakan semasa majlis ini ialah bacaan ikrar integriti yang telah diketuai oleh Ustaz Ahmad Radhi bin Mat Shah (PPHEI(I)) bersama semua pegawai dan kakitangan Jabatan Mufti Negeri Selangor.