A A
Arial | PT Sans | Century
A- A A+

Lawatan Kerja ke Pejabat SPRM Selangor

SHAH ALAM, 27 November - Jabatan Mufti Negeri Selangor telah mengadakan lawatan kerja ke SPRM Negeri Selangor yang diketuai oleh S.S. Dato' Setia Haji Mohd Tamyes Bin Abd. Wahid, Dato' Seri Utama Diraja Mufti Negeri Selangor yang turut disertai oleh S.S. Dato' Dr. Haji Anhar Bin Haji Opir, Timbalan Mufti Negeri Selangor dan 20 orang pegawai dan kakitangan Jabatan Mufti Negeri Selangor. Kehadiran rombongan lawatan telah disambut oleh YBhg Dato' Alias Bin Salim, Pengarah SPRM Negeri Selangor bersama Ketua-ketua Unit SPRM Negeri Selangor. 

    

Lawatan telah dimulai dengan ucapan aluan daripada Pengarah SPRM Negeri Selangor dan seterusnya menyampaikan satu taklimat ringkas mengenai sejarah penubuhan BPR/SPRM kepada semua para peserta lawatan. Para peserta lawatan kemudian telah diberi taklimat berkenaan Pengurusan Lokap, Bilik Kawad Cam dan VIR yang telah disampaikan oleh PKPs Hidayat Abdul Aziz, Ketua Unit Keselamatan SPRM Negeri Selangor. Peserta lawatan kemudiannya dibawa melawat Lokap, Bilik Kawad Cam, Bilik VIR dan diakhiri dengan lawatan ke gudang sita SPRM.