PROGRAM MALAM PENEROKAAN ANGKASA DI SURAU AL-MUTTAQIN, BANDAR PUNCAK ALAM

Bandar Puncak Alam, 26 Februari 2024 (Isnin) – Jabatan Mufti Negeri Selangor telah memenuhi jemputan Kawasan Rukun Tetangga, Bandar Puncak Alam bagi mengadakan program cerap cakerawala bertempat di Dataran Surau al-Muttaqin, Bandar Puncak Alam. Program bermula pada jam 8.00 malam selepas solat Maghrib dengan sesi tazkirah bertajuk Kepentingan Ilmu Falak disampaikan oleh Ustaz Hardi bin Mohamad Sadali, Penolong Mufti Kanan (Bahagian Falak).
Program diteruskan dengan sesi cerapan objek samawi selepas solat Isyak sehingga jam 12.00 malam. Jabatan Mufti Negeri Selangor telah menyediakan dua buah teleskop bagi memberi peluang kepada semua ahli kariah yang hadir dalam program tersebut untuk merasai sendiri pengalaman melihat planet Musytari dan kawah bulan dengan menggunakan teleskop yang disediakan. Di samping itu juga, program seperti ini dapat memberi pendedahan kepada ahli kariah berkaitan ilmu falak dan juga fungsi Jabatan Mufti Negeri Selangor.

Accessibility Toolbar

PHP Code Snippets Powered By : XYZScripts.com