Bahagian Falak

Sejarah Penubuhan

Pada awal penubuhan Unit Falak, fungsinya dijalankan dibawah tanggungjawab Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Peranan utama yang dilaksanakan ialah mencerap anak bulan pada awal Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah dengan kerjasama Jabatan Ukur dan Pemetaan. Disamping itu, bahagian ini menjalankan tanggungjawab-tanggungjawab lain seperti penentuan arah kiblat, penyediaan takwim hijrah dan penetapan waktu solat.

Walaubagaimanapun Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam mesyuaratnya pada 20 September 1999 telah membuat keputusan bahawa, Bahagian Falak diletakkan dibawah tanggungjawab Jabatan Mufti negeri seluruh Malaysia termasuk negeri Selangor untuk menyelaraskan pentadbirannya.

Sehubungan itu, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju mewujudkan Bahagian Falak di Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi mengambil alih tugas dan peranan Unit Falak daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) secara keseluruhannya. Dengan wujudnya Bahagian Falak, inisiatif yang telah dijalankan ialah dengan melantik pegawai-pegawai yang bertanggungjawab mengendalikan bahagian tersebut.

Justeru itu, pada 1 Januari 2001, Kerajaan Negeri Selangor telah melantik tiga (3) orang pegawai yang berkhidmat di Bahagian Falak iaitu Pegawai Hal Ehwal Islam (Gred S3), Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam (Gred S5) dan Pembantu Hal Ehwal Islam (Gred S7).

Jumlah Pengunjung: 606135

  • Kemaskini Terakhir: 20 April 2018.
 qrnew

Penafian : Jabatan Mufti Negeri Selangor tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan informasi yang diperolehi daripada portal ini dan penggunaan Google Translate untuk Bahasa Inggeris dan bahasa asing adalah tidak tepat.

Sesuai dipaparkan menggunakan pelayar Mozilla Firefox versi 24 ke atas dengan resolusi minima 1366x768

Hakcipta Terpelihara © Jabatan Mufti Selangor 2016