balai cerap selangor

pengenalan balai cerap selangor

Balai Cerap Selangor merupakan satu kemudahan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor untuk mengkaji dan meneroka kejadian serta rahsia alam cakerawala. Sehubungan itu, Jabatan Mufti Negeri Selangor telah membuat satu inisiatif untuk membina sebuah balai cerap untuk kegunaan orang ramai disamping aktiviti-aktiviti di Balai Cerap Selangor.

Objektif Penubuhan Balai Cerap Selangor

Instrumen Balai Cerap Selangor

Balai Cerap Selangor dilengkapi dengan beberapa instrumen seperti yang berikut:

Teleskop Utama: Takahashi TOA 150 APO refractor D = 150 mm, F = 1100 mm, f/7.3

Teleskop Sekunder: Vixen 81 mm APO refractor D = 81 mm, F = 616 mm, f/7.7

Teleskop Matahari: Lunt 100 mm LS100T

Prasarana Balai Cerap Selangor

Pejabat

Ruang Pameran

Dewan Solat

Kubah Cerapan

Ruang Cerapan

Kedudukan Balai Cerap Selangor

Kedudukan Balai Cerap Selangor amat strategik kerana terletak jauh dari kawasan bandar dan perindustrian. Jarak Balai Cerap Selangor dari pekan Sabak Bernam lebih kurang 20 kilometer. Kemudahan infrastruktur dan sistem perhubungan yang baik seperti jalan raya, bekalan air dan elektrik mudah diperoleh.

Hubungi Kami

Waktu Melawat / Lawatan Umum:

*Lawatan di luar waktu pejabat / cuti umum / Sabtu dan Ahad adalah berdasarkan permohonan kepada pihak pengurusan Balai Cerap Selangor

Jika mempunyai sebarang pertanyaan atau berminat untuk mengadakan program dengan Balai Cerap Selangor, hubungi kami:

Atau hubungi:

Bahagian Falak, Jabatan Mufti Negeri Selangor di talian: 03-5514 3716 / 03-5514 3717

Accessibility Toolbar

PHP Code Snippets Powered By : XYZScripts.com