|
|
Sudut
ini memuatkan pencapaian dan anugerah yang
diterima samaada jabatan mahupun individu
yang berkhidmat di Jabatan Mufti Negeri Selangor.
Selaras dengan Selangor Negeri Maju jabatan
ini turut tidak ketinggalan dalam meningkatkan
kualiti kerja. Pelbagai anugerah dan pengiktirafan
yang diperolehi bagi memastikan jabatan ini
sentiasa dapat memberikan perkhidmatan yang
terbaik selaras dengan misi Kerajaan Negeri
Selangor.
Di
samping imenjalankan tugas seharian, warga
kerja jabatan ini sentiasa menanamkan iltizam
tinggi supaya dapat menghasilkan kerja yang
lebih berkualiti dan memuaskan pelanggan.
Ini sesuai dengan langkah kerajaan memperkenalkan
formula 6M (Musyaratah, Muraqabah, Muhasabah,
Mu'aqobah, Mujahadah, Mu'atabah) di samping
merealisasikan pendekatan pentadbiran mesra
rakyat dan 4E (Educated, Efficient, Effective
dan Electronic Government) di Negeri Selangor.
Sekiranya elemen-elemen di atas dapat dilaksanakan
dengan baik maka kerja berkualti dan tepat
dapat dikekalkan.
Jabatan
ini telah mewujudkan beberapa jawatankuasa
bagi memastikan proses kerja yang berkualiti
dapat diwujudkan antaranya ialah Jawatankuasa
MS ISO 9001: 2008 dan Jawatankuasa Kumpulan
Meningkat Mutu Kerja. Setakat ini terdapat
4 Bahagian di jabatan ini yang telah menerima
persijilan MS ISO 9001: 2008 iaitu Bahagian
Pentadbiran Kewangan (Pengurusan Kewangan), Bahagian Istinbat (Pengeluaran dan Pewartaan
Fatwa), Bahagian Falak (Penentuan dan Pengesahan Arah Qiblat) dan Bahagian Maktabah (Penyelenggaraan IVT) oleh SIRIM.
Sebelum itu jabatan ini melalui Bahagian Istinbat
telah berjaya memperoleh persijilan MS ISO
9002: 2000 pada tahun 1994 dan pada 8 Ogos 2002 oleh MAMPU, Jabatan Perdana
Menteri.
|