 |
Pengenalan
|
|
Untuk
menjadikan Jabatan Mufti Negeri Selangor sebagai
jabatan terbaik, jabatan contoh dan disegani
serta mendapat keredhaan Allah.
|
|
|
|
|
Untuk
melahirkan masyarakat Islam yang maju, berjaya,
progresif, dinamik dan diredhai Allah berlandaskan
Al-Quran dan As-Sunnah selaras dengan visi Negeri
Selangor Maju Menjelang 2005.
|
|
|
|
1.
|
Memberi
nasihat dan panduan kepada Sultan, Kerajaan
Negeri dan masyarakat berkaitan hukum-hukum
Islam dan permasalahan umat Islam yang menyentuh
soal Fatwa, terutamanya yang melibatkan isu
semasa.
|
|
2.
|
Bekerjasama
dengan pihak JAKIM dan Jabatan Mufti Negeri-Negeri
lain dalam penyelarasan Fatwa.
|
|
3.
|
Bekerjasama dengan JAIS berkaitan kegiatan dakwah,
khutbah Jumaat, pencerapan hilal dan lain-lain.
|
|
|
|
|
Jabatan
Mufti Negeri Selangor beriltizam dan komited
untuk memberi perkhidmatan melalui pengeluaran
serta penjelasan fatwa dengan nas yang sahih
bagi memenuhi kehendak pelanggan berhubung dengan
perkara yang berkaitan hukum syara' melalui
penambahbaikan yang berterusan ".
|
|
|
|
1.
|
Membantu
dan menasihat DYMM SultanSelangor dan Kerajaan
Negeri dalam perkara-perkara yang menyentuh
persoalan Fatwa, Hal Ehwal Agama Islam dan isu-isu
semasa.
|
|
2.
|
Membuat
penyelidikan terhadap isu yang memerlukan kepada
keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor.
|
|
3.
|
Memberi maklumat yang sistematik berkaitan dengan
segala masalah yang berhubung tentang fatwa.
|
|
4.
|
Mengeluarkan
garis panduan bagi mengatasi segala perbezaan
pendapat yang timbul dalam perkara-perkara khilafiah.
|
|
5.
|
Mengurus dan mengendalikan persidangan, seminar,
bengkel dan segala mesyuarat yang berkaitan.
|
|
6.
|
Membangunkan aspek-aspek pembinaan metodologi
istinbat dan fatwa.
|
|
7.
|
Mencerap
hilal Islam bulanan termasuk Ramadhan/Syawal/Zulhijjah.
|
|
8.
|
Melakukan
penetapan arah kiblat, mengatur takwim hijri/waktu
solat.
|
|
|
|
1.
|
Mengadakan
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor
tidak kurang 3 kali setahun.
|
|
2.
|
Memproses
pewartaan fatwa dari mula menerima isu hingga
di bawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa dalam
tempoh tidak lebih enam bulan.
|
|
3.
|
Penyebaran
dan penjelasan kepada orang awam mengenai fatwa
yang telah diputuskan dalam masa dua minggu
selepas diwartakan.
|
|
4.
|
Menjawab
pertanyaan atau aduan pelanggan mengenai isu-isu
semasa yang berkaitan dengan hukum syara' dalam
tempoh tujuh hari bekerja.
|
|
5.
|
Melaporkan
kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengenai
awal Ramadhan, Syawwal dan Zulhijjah secepat
mungkin untuk pengisytiharan.
|
|
6.
|
Melaksanakan
pengesahan arah kiblat dalam tempoh dua minggu
bekerja selepas permohonan diterima.
|
|
7.
|
Menguruskan
bil-bil perolehan, Perkhidmatan dan lain-lain
mengenai kewangan dalam masa satu minggu.
|
|
|
|
|