Anugerah Pentadbiran dan Pengurusan

1. Persijilan MS ISO 9002:1994 (Pengeluaran dan Pewartaan Fatwa)
8 Ogos 2002 oleh MAMPU, Jabatan Perdana Menteri.
a
2. Anugerah Khas Juri Anugerah Pengurusan Kewangan Negeri Selangor
Tahun 2003 Oleh Y.A.B. Dato' Menteri Besar Selangor.
a
3. Anugerah Insentif Bagi Kategori C Anugerah Pengurusan Kewangan Negeri
Selangor Tahun 2003 oleh Y.A.B. Dato' Menteri Besar Selangor.
a
4. Sijil MS ISO 9001:2000
Y.A.B. Dato’ Menteri Besar Selangor menyampaikan sijil MS ISO 9001:2000 kepada Encik Abdul Razak bin Johar sebagai wakil Jabatan Mufti Selangor pada 11 Oktober 2004 sempena Majlis Pelancaran Bulan Kualiti tahun 2004. Jabatan ini telah dianugerahkan Persijilan MS ISO 9001: 2000(Pengeluaran dan Pewartaan Fatwa serta Pengurusan Kewangan) pada 17 September 2004 oleh SIRIM.
a
5. Anugerah Pengurusan Kewangan Negeri Selangor tahun 2004
Jabatan Mufti Negeri Selangor telah menerima Anugerah Insentif Bagi Kategori C di dalam Anugerah Pengurusan Kewangan Negeri Selangor tahun 2004 pada 3 Januari 2005. Di samping itu, Jabatan ini turut menerima hadiah wang tunai berjumlah RM3,000.00. Anugerah tersebut telah disampai-kan oleh Y.B. Dato' Ramlan b, Othman, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di Auditorium Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
a
6. Anugerah Pengurusan Kewangan Negeri Selangor 2005
Jabatan Mufti Negeri Selangor mengulangi kejayaan memenangi Anugerah Pengurusan Kewangan Negeri Selangor untuk Kategori C bagi tahun 2005 pada 20 Januari, 2006. Lantaran itu, Jabatan ini turut menerima Hadiah Prestasi berupa wang tunai berjumlah RM3,000.00. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Y.A.B. Dato’ Menteri Besar Selangor di Auditorium Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul
Aziz Shah
a
7. Anugerah Pengurusan Pejabat dan Pentadbiran Cemerlang (APPC) 2005
Jabatan Mufti Negeri Selangor telah memenangi Anugerah Pengurusan Pejabat dan Pentadbiran Cemerlang (APPC) untuk Kategori C bagi tahun 2005 pada 20 Januari, 2006. Lantaran itu jabatan ini turut menerima Hadiah Prestasi berupa wang tunai berjumlah RM3,000.00. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Y.A.B. Dato’ Menteri Besar Selangor di Audi-torium Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
a