|
Apabila
suatu kutipan derma itu dipohonkan daripada
orang ramai atau kumpulan-kumpulan tertentu
bagi tujuan mengadakan satu majlis yang
khusus, maka penganjur hendaklah membelanjakan
wang kutipan derma itu bagi tujuan yang
berkenaan dengan majlis itu sahaja, tidak
bagi perkara yang lain.
Sekiranya
pihak penganjur hendak menggunakan lebihan
wang derma tersebut untuk perkara lain
maka disyaratkan agar mendapat keizinan
terlebih dahulu daripada penderma.
Walaubagaimanapun,
lebihan wang derma tersebut bolehlah disimpan
untuk dibawa ke majlis yang sama pada
bila-bila masa.
|