Minyak
Pelaris Suami saya seorang pengusaha
dalam perniagaan kontraktor kelas F.
Dalam menjalankan urusan perniagaan
untuk meraih sebarang tender dari mana-mana
jabatan, suami saya telah melakukan
pelbagai usaha termasuk membeli minyak
pelaris dari seseorang yang dikatakan
arif tentang menyediakan minyak pelaris.
Walaubagaimana pun saya cuba mendapatkan
kepastian tentang hukum bagi memiliki
dan mengguna minyak tersebut.
Suami
saya menyatakan itu salah satu dari
usaha bagi menempah kejayaan. Sama seperti
usaha sesetengah pihak berjumpa Dato'
Harun Din dengan bertujuan meminta air
penawar bagi memulih sebarang penyakit.
Bezanya hanyalah "air" dan
"minyak".
Cara
penggunaan minyak tersebut jelas sekali
berlandaskan bacaan selawat dan hanya
ayat mudah dari bacaan Al-Quran. Disertakan
dengan niat diantaranya seperti ".........tunduklah
sekelian makhluk kepada ku ........."
(saya kurang jelas tentang niat yang
disyaratkan). Kemudian dengan menggunakan
jari disapu minyak tersebut dibahagian
kening mata dan beberapa lagi tempat
yang disyaratkan. Juga terdapat pantang
menggunakan minyak tersebut adalah bagi
memikat perempuan (dilarang).