Carian
 

muftisel
www
     

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Soal Jawab Agama Umum
Soalan 5
Soalan :
 

Tuan,

 
 
Saya amat musykil tentang amalan "epidural" (iaitu ubat yang di cucuk ke dalam tulang belakang yang akan bertindak sebagai ubat pelali/kebas) bagi perempuan-perempuan yang akan melahirkan bayi. Apakah hukum mengamalkannya jika :-
 
1.
Sengaja memilih "epidural" dan kemudian "induce" bayi keluar tanpa sebarang sebab-sebab tertentu (kesihatan ke atau kemungkinan mendatangkan kemudaratan dan lain-lain)?. Kebanyakan perempuan-perempuan sekarang memilih jalan ini dengan alasan dah tak larat "kandung" cukup 9 bulan 10 hari dan tak nak merasai sakit bersalin.
 
2.
Sengaja memilih "epidural" bila sampai hari/waktu melahirkan tanpa sebarang sebab-sebab tertentu (seperti yang disebutkan diatas)?. Selalunya kerana tak nak merasai sakit bersalin.
 
Saya bertanya kerana pernah terbaca yang nikmat bersalin (yang sememangnya sakit sejak dulu lagi) bagi seorang perempuan ialah akan terhapuslah dosa-dosa kecil seorang ibu itu dengan setiap kelahiran. Jadi, adakah nikmat itu masih sama dengan mengamalkan ubat moden terkini (seperti "epidural") yang merupakan "kemewahan hidup" kerana mereka-mereka yang mampu membayar upahnya saja akan memilihnya? .
 
 
Jawapan :
 
Menggunakan kaedah rawatan yang lebih baik dan selamat seperti "epidural" adalah diharuskan kerana ia adalah salah satu proses pengubatan dan rawatan kepada pesakit selagi tidak bercanggah dengan aqidah dan syariat Islam serta mendapat nasihat dari doktor. Kebiasaannya pesakit akan penderitaan dengan kesakitan, jiwa dan emosinya tertekan, ini sudah tentu ia mengharapkan layanan dan rawatan yang terbaik serta menaruh keyakinan dan harapan yang tinggi kepada doktor yang mempunyai ilmu pengetahuan, kemahiran dan kepakaran. Dalam masa yang sama para doktor terus membuat kajian dan penyelidikan untuk mengatasi kesakitan tersebut.
 
Di zaman kegemilangan Islam dahulu, para cendikiawan dalam bidang ilmu perubatan Islam seperti Al Razi (841-926) Al Zahrawi (931-1013) dan Ibnu Sina (tahun 890-1037) mereka bukan sahaja mahir dalam bidang ilmu perubatan bahkan dalam bidang agama juga mereka mempunyai pengetahuan yang mendalam.
 

Mengenai kesakitan ketika bersalin merupakan perkara yang tidak dapat dielakan, maka tidak dinafikan kesakitan itu nikmat yang dapat mengugurkan dosa-dosa kecil sekiranya ia sabar dengan kesakitannya, bahkan lebih dari itu sekiranya meninggal dunia ketika bersalin juga akan ditempatkan dalam syurga, manakala anak pula disuruh taat kepada ibu sebelum kepada bapa sendiri dalam hadis mashur

"Di riwayat dari Abu Hurairah r.a. ia berkata :

Wahai Rasulullah siapakah yang paling berhak aku hormati? Beliau menjawab "Ibumu" ia berkata kemudian siapa? Beliau menjawab "ibumu" is berkata kemudian siapa? Beliau menjawab "ibumu" ia berkata kemudian siapa? Beliau menjawab "kemudian bapamu".

2

(Klik Pada Menu Bedasarkan Kategori Di sebelah Kiri)