|
|
Soalan
: ala |
| |
Asalamualaikum
tuan,
|
| |
Saya
tertarik berkenaan jawapan tuan pada persoalan
di bawah: |
| |
Hukum
Tidak Sembahyang
Assalamualaikum wrm wrbt.
Rakan saya memberitahu bahawa terdapat
hadis yang mengatakan seseorang itu patut
di pancung jika gagal mengerjakan sembahyang.
Saya ingin tahu samada benar atau pun
terdapat hukum-hukum lain yang berkaitan
dengan sembahyang. Terima kasih
Jawapan
Orang yang tidak sembahyang tidak dikenakan
hukuman pancung. Kalau sekiranya seseorang
itu mengatakan hukum sembahyang itu tidak
wajib, barulah jatuh hukum pancung. Ini
kerana orang itu telah murtad kerana menukar
hukum di dalam Al-Quran & As-sunnah.
wallahua'lam.
|
| |
Apakah
hukum sumber rezeki bagi penjawat jawatan
di dalam kerajaan Malaysia?
Apakah hukum bagi pendukung agama dan
kakitangan organisasi jabatan agama yang
mengambil gaji/upah didalam menyampaikan
agama Islam seperti mana yang dinyatakan
didalam hadis dan Al-Quran?
Apakah
pula hukum bagi manusia yang Islam yang
mengubah hukum Islam dan apa pula hukum
bagi mereka yang melaksanakannya?
Bagi
jabatan agama Islam yang melaksanakan
hukum sebagai contoh ZINA dengan bayaran
matawang tidakkah di kira sebagai mengubah
sesuatu hukum? Dan sebagai mana jawapan
tuan berkisar mengenai perkara sembahyang
seperti diatas, tidakkah tuan tertakluk
sebagai orang yang mengubah hukum dan
tidak kah tuan termaktub sebagai mana
orang yang murtad dan layak untuk dipancung
jua? Atau adakah alasan lain yang menyokong
pendirian tuan? Harap tuan memberi penjelasan
kepada saya jika tidak disiarkan didalam
web sekalipun mohon jasa baik tuan menjawab
didalam email saya.
|
| |
|
| |
Jawapan
: |
| |
1.
|
Hukum
sumber rezeki bagi penjawat awam di dalam
Kerajaan Malaysia adalah halal. Ini adalah
kerana sumber kewangan yang diperolehi
telah diasingkan kepada dua akaun iaitu
sumber kewangan yang halal dan sumber
kewangan yang tak halal. Sumber kewangan
yang halal digunakan untuk membayar gaji
pekerja manakala sumber kewanan yang tidak
halal digunakan untuk kemaslahatan ummah
seperti membina sekolah, hospital, jalanraya
dan sebagainya.
|
|
|
| |
2.
|
Hukum
bagi kakitangan organisasi jabatan agama
yang mengambil gaji/upah di dalam menyampaikan
ajaran Islam adalah harus dengan syarat
kakitangan tersebut perlu melaksanakan
tanggungjawab setimpal dengan gaji/upah
yang diperolehi.
|
|
|
| |
3.
|
Orang-orang
Islam yang mengubah hukum yang terdapat
di dalam Al-Quran dan As Sunnah dianggap
telah murtad begitu juga orang yang melaksanakan.
|
|
|
| |
4.
|
Bagi
Jabatan Agama menggantikan hukuman Jenayah
Islam dengan bayaran matawang bukan disebabkan
Jabatan Agama tidak mahu melaksanakan
hukuman tersebut. Setiap tindakan atau
hukuman yang hendak dijatuhkan perlu mengikut
undang-undang yang diperuntukkan. Menjadi
tanggungjawab pemerintah atasan untuk
menggubal semula undang-undang yang sedia
ada agar selaras dengan hukum Islam yang
sebenar. Dalam hal ini kita patut bersyukur
sekurang-kurangnya pemerintah atasan masih
memperuntukkan hukuman bagi setiap kesalahan
Jenayah Islam yang dilakukan walaupun
hukuman yang dikenakan tidak setimpal.
Sebagai umat Islam, apa yang boleh kita
lakukan hanya berdoa mudah-mudahan dibukakan
pintu hati umara' di negara ini agar dapat
menerima pemerintah Islam yang sebenar.
|