Carian
 

muftisel
www
     

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Soal Jawab Agama Umum
Soalan 23
Soalan :
 

Assalamu'alaikum w.r.t w.b.t.

Yang Di Muliakan Tuan Haji, Saya ingin membuat rujukan. Saya ada berhutang membeli perabot dengan seorang pemilik kedai lebih kurang 20 tahun yang lalu. Saya berhutang sebanyak RM500.00 dan ingin membayarnya semula.

Masalahnya ialah saya sudah tidak dapat mengubungi pemilik kedai tersebut dan kedai beliau juga sudah tidak ada lagi. Ibarat kata memang langsung tidak dapat menghubungi pemilik kedai tersebut.

Apakah yang perlu saya buat dengan duit tersebut dan bolehkah ianya disalurkan ke mana-mana? Harap dapat diberikan penjelasan.

   
  Jawapan :

Waalaikumsalam,

 
 
1.
Saudara perlu mencari pemilik kedai tersebut dan membayar hutang kepadanya. Bayar wajib.
 
2.
Sekiranya belum jumpa, saudara boleh berniat akan membayar hutang tersebut apabila diketahui tempatnya.
 
 
3.
Wang tersebut tidak boleh disalurkan kepada tabung lain. Kalau sudah disalurkan kepada tabung lain, tiba-tiba datang piutang menuntut, wajib anda membayarnya juga.
 
2

(Klik Pada Menu Bedasarkan Kategori Di sebelah Kiri)