Bekerja
sambilan "part time"
di luar masa pejabat, tidak menjadi
kesalahan dalam Islam. Kecuali dengan
kerja-kerja sambilan itu menyebabkan
tenaga untuk bekerja pejabat terjejas
seperti produknya berkurang dan sebagainya.
Peralatan
pejabat tidak boleh digunakan untuk
kepentingan sendiri, seperti penggunaan
kertas, alat tulis dan lainnya. Ia boleh
diertikan sebagai tidak amanah dan salah
guna kuasa.
Pendapatan
daripada kerja sambilan, dengan menggunakan
peralatan perjabat adalah tidak bersih
/ haram. Eloklah diberhentikan perbuatan
itu. Peralatan pejabat yang telah digunakan
hendaklah diganti.