Ibu
saya merupakan seorang peniaga makanan
yang berniaga berhampiran dengan peniaga
makanan bukan Islam (makanan tidak halal)
tetapi gerai ibu saya dipisah-kan dengan
penghadang papan kayu untuk memisahkan
gerai bukan Islam dan Islam yang diletakkan
dibawah seliaan sebuah majlis perbandaran.
Persoalannya,
adakala pembeli bukan Islam membeli
makanan dari kedai ibu saya dan makan
dikedai peniaga bukan Islam bersama
rakannya yang lain dengan menggunakan
pinggan, gelas minuman, sudu serta garfu
dari kedai ibu saya?.
Apa
yang diwas-waskan ialah perlukah saya
menyamak semula kesemua peralatan diatas
kerana ia dibawa kemeja peniaga bukan
Islam yang sememangnya terang-terangan
menjual makanan tidak halal seperti
daging khinzir dan adakala pembeli bukan
Islam tersebut makan makanan yang dibeli
dari kedai ibu saya dengan menggunakan
pinggan dari kedai ibu saya dan minum
menggunakan gelas dari peniaga bukan
Islam dan begitu juga sebaliknya?.
Saya
sering merasa khuatir kerana sudah tentu
pengguna bukan Iislam yang makan dikedai
tersebut pernah menggunakan gelas atau
pinggan tersebut dan makan bersama-sama
makanan yang tidak halal seperti yang
telah saya sebutkan tadi.