Carian
 

muftisel
www
     

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Soal Jawab Agama Umum
Soalan 13
Soalan :
 
Assalamualaikum,
Suami saya bekerja di sebuah kedai membuat kek dan roti. Dia selalu membawa pulang roti dan kek tersebut ke rumah tanpa apa-apa bayaran dan tanpa diketahui majikannya. Jika diikutkan memang majikannya tidak membenarkan kecuali makan di kedai tersebut saja. Sebenarnya roti atau kek tersebut akan dibuang beberapa hari dan jumlah yang dibuang agak banyak dalam satu-satu masa. Apakah hukum kepada kami sekeluarga yang memakannya?.
 
 
Jawapan :
 

Waalaikumsalam, Pembaziran dari sudut pandangan Islam adalah sesuaru yang tidak wajar berlaku. Dalam hal ini, suami puan mengambil langkah mengagih-agihkan makanan / roti kepada orang lain (keluarga) bagi tujuan mengelakkan daripada pembaziran tersebut.

Namun jika sudah peraturan dan prosedur kedai tersebut begitu, sebagai langkah yang terbaik, suami puan lebih wajar akur pada peraturan, memandangkan roti, kek atau barang yang dibazirkan itu bukanlah haknya. Biarlah setiap makanan dan rezeki yang dibawa untuk keluarga kita itu benar-benar hak kita. Bagi menjamin kebersihan hati, taqwa dan membentuk keperibadian yang mulia.

2

(Klik Pada Menu Bedasarkan Kategori Di sebelah Kiri)