Carian
 

muftisel
www
     

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Soal Jawab Agama Umum
Soalan 10
Soalan :
 
Adakah benar pendapat yang mengatakan bahawa ibubapa akan masuk syurga sekiranya terdapat tiga orang anaknya mati semasa kecil?.
     
  Jawapan :
   

Mana-mana pandangan atau pendapat yang sejajar dengan Islam serta mempunyai bukti atau keterangan, maka pendapat itu adalah betul lagi diterima. Begitulah juga dalam masalah ini, kerana berdasarkan kepada keterangan sebuah hadis ‘Anas yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari di mana baginda Rasulullah S.A.W. pernah bersabda :

Maksudnya : “Tidak ada manusia di kalangan muslim yang kematian tiga anak kecil yang belum sampai had baligh, melainkan dimasukkan oleh Allah ke dalam syurga dengan limpah kurnia dan rahmat kepada mereka”.

(Riwayat Bukhari)

Dalam hadis tersebut, amat jelas di mana ibu bapa yang kematian tiga orang anak di masa kecilnya akan dimasukkan ke dalam syurga dengan syarat mereka menerima qada’ Allah dengan penuh kerelaan dan kesabaran.

Selain dari itu, hadis tersebut juga menjadi dalil yang menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mati sebelum baligh adalah merupakan ahli syurga dan termasuk juga kanak-kanak orang kafir. Begitulah menurut pendapat Imam Nawawi dan disokong oleh ulama’ yang lain.

2

(Klik Pada Menu Bedasarkan Kategori Di sebelah Kiri)