|
Saya dan
pasangan dijangka akan melangsungkan perkahwinan
pada hujung bulan Mei 2005. Namun kami
berdepan dengan masalah menentukan tarikh
dan hari yang sesuai untuk majlis akad
nikah. Tarikh awal yang dipersetujui adalah
pada 28 Mei 2005 (Sabtu) bersamaan dengan
19 Rabiulakhir 1426H.
Terdapat
sesetengah pendapat menyatakan hari tersebut
tidak sesuai atau tidak elok dibuat majlis
pernikahan. Disini, saya ingin bertanya
mengenai kaitan hari-hari dan bulan yang
sesuai dalam Islam untuk majlis pernikahan.
Adakah ia telah dinyatakan dalam Al-Quran
dan adakah tarikh diatas sesuai untuk
majlis pernikahan kami?.
Besarlah
harapan saya sekiranya tuan sudi menghurai
permasalahan ini.
|