Gigi
depan saya menjadi miring semenjak tumbuhnya
"wisdom tooth" beberapa
tahun dahulu. Sekarang gigi depan sebelah
bawah juga sudah menunjukkan ciri-ciri
yang sama.
Cara
yang baik untuk pembetulannya mengikut
doktor gigi saya ialah menggunakan "braces"
selama setahun atau lebih.
Cara
mudah dan cepat ialah dengan mengasah
gigi dan memasang "crown".
Cara ini juga lebih murah. Betulkah
mengasah gigi hukumnya dilaknati Allah?
Saya tidak mengubah kejadian, tetapi
hanya ingin membetulkan dan mencantikkan.
Saya rasa suami saya tidak akan begitu
senang jika saya menggunakan "braces".