|
|
Soalan
: |
| |
Assalamualaikum |
| |
| |
Saya
ada kemusykilan di sini. Kalau saya minta
ustaz balas di mel ini juga supaya senang
saya faham.
|
| |
| |
1.
|
Berkenaan
alkohol. Saya akan memakai pewangi
"perfume" ke pejabat pada
waktu pagi. Saya tidak pasti sama
ada mengandungi alkohol atau tidak, tetapi
kebanyakan "perfume"
mengandungi alkohol buah-buahan. Jika
ia mengandungi alkohol, bagaimana solat
saya selama ini?. Saya mendapat tahu jika
kandungan berasaskan buah-buahan tidak
mengapa.
|
| |
|
|
| |
| |
2.
|
Apabila
bermusafir ke luar negara atas tujuan
tertentu, saya cuba mencari makanan halal.
Paling tidak
pun akan makan sayur dan ikan. Tetapi
jika di masak menggunakan alkohol, apakah
halal?. Saya mendapat tahu, bila alkohol
yang dicampur dalam masakan tidak mendatangkan
kesan memabukkkan dan ia di halalkan.
Benarkah begitu?.
|
| |
|
|
| |
| |
3.
|
Berkenaan
mazi. Jika saya tahu terdapat sedikit
kesan mazi pada seluar saya, kemudian
apabila kering
saya hanya menukar seluar dan tidak mencuci
kemaluan saya untuk solat. Kadangkala
saya terlupa. Bagaimana hukumnya?
|
| |
|
|
| |
Terima
kasih di atas pertolongan ustaz menyelesaikan
kemusykilan saya. |
| |
|
| |
Jawapan
: |
| |
1.
|
Menggunakan
minyak wangi yang mengandungi alkohol
adalah harus dan dimaafkan sekiranya
alkohol
itu bukan dihasilkan dari proses pembuatan
arak. Hukumnya adalah sah kerana alkohol
tersebut tidak dianggap sebagai najis.
|
| |
|
|
| |
2.
|
Hukum
memakan masakan yang dicampur dengan sedikit
alkohol adalah haram walaupun ia
tidak memabukkan. Ini kerana pada kebiasaannya
alkohol yang dicampur ke dalam masakan
tersebut adalah arak yang bertujuan untuk
me-lazatkan makanan tersebut bukan untuk
tujuan tertentu.
|
| |
|
|
| |
|
|
| |
3.
|
Mazi
adalah tergolong dalam najis mutawasithoh
dan wajib dibersihkan sebelum solat samada
ia
terkena pada tubuh badan, pakaian dan
tempat bersolat. Dalam hal ini menukar
pakaian adalah lebih baik. Sekiranya tidak
dapat berbuat demikian, memadai dengan
membersihkan najis tersebut sehingga hilang
bau, warna dan rasa. Alat kemaluan juga
wajib dicuci sehingga di yakini bersih.
|
| |
|