| |
Soalan
: |
| |
Assalamualaikum
Dato' Mufti |
| |
Saya
ada beberapa soalan penting seperti di
bawah;
saya sekarang tinggal di luar negara,
dan saya sering menghadapi masalah untuk
menerangkan persoalan-persoalan di bawah
kepada orang bukan muslim berkenaan persoalan
dibawah..
|
| |
1. |
Kenapa
dan mengapakah umat Islam di haramkan
memakan khinzir, atau menyentuh khinzir. |
| |
|
| |
2. |
Adakah
mencukupi jika saya menyentuh khinzir
atau bahagian daripadakhinzir,
kemudian saya mencuci anggota badan yang
tersentuh khinzir itu hanya dengan sabun
sahaja? |
| |
|
| |
3. |
Kenapa
dan mengapakah umat islam di haramkan menyentuh
anjing. |
| |
4. |
Bilakah
dan bagaimanakah keadaannya yang membolehkan
umat islam menyentuh
anjing. seperti yang saya pernah dengar
sekiranya kering sama kering maka kita
boleh mnyentuh anjing dan cuma perlu basuh
denga sabun sahaja tangan kita kemudian...kalau
basah dengan kering kita wajib samak? |
| |
|
| |
5. |
Bolehkah
umat Islam memelihara anjing? |
| |
6. |
Bagaimanakah
cara untuk membersihkan anggota badan yang
di jilat oleh |
| |
|
anjing? |
| |
Itu
sahaja buat masa ini, dan saya amat berharap
pihak tuan mufti dapat memberikan penerangan
yang terperinci dan jelas berkaitan dengan
persoalan saya ini. Kerjasama dan sokongan
daripada pihak tuan mufti amatlah saya
hargai. |
| |
|
| |
| |
Jawapan
: |
| |
1. |
Pengharaman
memakan daging khinzir oleh umat Islam
telah disebut oleh Allah
S.W.T. dalam surah al-Baqarah ayat 173.
Larangan ini juga termasuk menyentuh atau
memegang binatang tersebut. Dunia perubatan
pada hari ini telah membuktikan bahawa
di dalam daging khinzir, darah dan usus-ususnya
terdapat sejenis cacing yang sangat merbahaya
(cacing pita dan telur-telurnya yang keras)
yang boleh mendatangkan penyakit kepada
manusia. Inilah hikmah pengharaman ke
atas binatang tersebut. Di sini telah
terbukti betapa agungnya Syariat Allah
S.W.T. yang mendahului ilmu pengetahuan
manusia. |
| |
|
| |
2. |
Seluruh
bahagian anggota khinzir dikategorikan
sebagai najis mughallazah(najis
berat). Saudara hendaklah mencuci anggota
badan yang terkena najis tersebut sebanyak
tujuk kali basuhan air dan mula-mulanya
dengan air yang bercampur tanah (tanah
liat) sebanyak 1 x. |
| |
|
| |
3. |
Pengharaman
ke atas anjing termasuk memakan dagingnya,
menyentuhatau memegangnya. Ada pun pengharaman
ke atas binatang ini tidak disebut oleh
Allah S.W.T. di dalam Al- Quran tetapi
ada disebut di dalam hadis Rasulullah
S.A.W. Anjing juga dikategorikan sebagai
najis mughallazah (najis berat). Pengharaman
ke atas anjing diqiaskan kepada pengharaman
ke atas khinzir kerana sifatnya yang kotor
dan menjijikkan. |
| |
|
| |
4. |
Jika
anggota yang tersentuh itu adalah kering
sama kering, maka tidak perlu disamak,
cukup sekadar membasuh anggota yang terkena
najis dengan sabun. Tetapi jika sebaliknya
(basah sama basah atau kering sama basah)
maka wajib disamak iaitu kaedahnyanya
sama seperti perkara no. 2 di atas. |
| |
|
| |
5. |
Umat
Islam diharuskan memelihara anjing sekiranya
digunakan untuktujuan
tertentu seperti polis menggunakan anjing
untuk mengesan, pemburu menggunakan anjing
untuk memburu, petani memelihara anjing
untuk menjaga kawasan tanaman dan sebagainya.
Tetapi harus diingat bahawa kaedah penjagaan
ke atas binatang tersebut hendaklah mengikut
cara yang telah ditetapkan di dalam Islam. |
| |
|