Carian
 

muftisel
www
     

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Soal Jawab Agama Sosial / Syariah
Soalan 61
Soalan :
 
Nama saya Huda. Saya ingin bertanya kepada Ustaz, apakah hukum nya menghadiri jemputan ke majlis, tidak kira lah majlis kahwin, majlis tahlil, atau makan-makan, sama ada dari saudara-mara atau kawan-kawan… adakah wajib, atau sunat? (majlis tersebut tidak ada unsur-unsur maksiat seperti acara menyanyi, menari atau sebagainya).
   
 
Saya menghadapi masalah dengan suami yang tidak suka menghadiri majlis-majlis seperti ini. Beliau lebih rela duduk di rumah menonton televisyen daripada pergi ke kenduri. Dia akan mereka-reka alasan (kadang2 menyuruh saya 'bohong sunat' untuk dia) untuk diberitahu kepada penjemput semata-mata hendak mengelak. saya sedar, kedudukan saya sebagai isteri, kena ikut kemahuan dan perintah nya, tapi bukan kah ini melanggar hukum syarak? Saya risau persepsi masyarakat terhadap suami saya. Walaupun dia tidak menghalang saya daripada hadir, tapi saya tidak suka suami saya begitu, seolah-olah tidak mahu menjaga hubungan dengan masyarakat apa lagi mengeratkan silaturrahim. Dia memberitahu saya, hukum hadir cuma lah sunat. Jika dia tidak pergi, dia tidak berdosa. Benarkah ustaz?
   
 
Jawapan :
 
1.
Hukum menghadiri Majlis/ jemputan adalah sunat jika tidak ada unsur-unsur haram disitu.
 
 
2.
Walau bagaimanapun , jika jemputan tuan rumah itu amat mengharapkankita hadir. Kita wajib hadir, kecuali ada keuzuran. Menghadiri majlis jemputan boleh mengeratkan silaturrahim. Nabi menyatakan, orang yang suka menjalinkan silaturrahim boleh dilanjutkan Allah usinya.
   
2

 

 

 

 

 

(Klik Pada Menu Bedasarkan Kategori Di sebelah Kiri)