| |
Soalan
: |
| |
Apa
hukumnya seorang wanita dipaksa bersumpah
atas nama Allah oleh tunangnya atas perkara--perkara
yang lepas sebelum menemui tunangnya.
Dia diarah bersumpah bahawa dia tidak
melakukan perkara-perkara itu. |
| |
|
| |
Apa
hukumnya seorang wanita bersumpah atas
nama Allah bahawa dia tidak melakukan
perkara-perkara tertentu walaupun sebenarnya
dia melakukan perkara tertentu tersebut
(perkara yg telah lepas bermaksud perkara
sebelum bertemu dengan tunangannya sekarang)
atas sebab untuk menyelamatkan hubungannya,
tunang wanita itu telah memaksa wanita
berkenaan bersumpah kerana dia tidak mahu
wanita berkenaan menipu dirinya, boleh
dikatakan setiap pertanyaan mengenai masa
lampau akan disertakan dengan pernyataan
bersumpah supaya wanita berkenaan akan
bercakap benar sedangkan wanita tersebut
tidak mahu bersumpah tetapi terpaksa.
|
| |
|
| |
Adakah
wanita berkenaan kena membayar sesuatu seperti
berpuasa atau sebagainya. |
| |
|
| |
| |
Jawapan
: |
| |
- |
Menurut
ulama' syafii, yang diambil kira dalam
sesuatu sumpah itu ialah niat orang
yang mengucapkannya. Ini kerana maksud
dan tujuan daripada sumpah tersebut merupakan
pengertian yang tersirat dalam hatinya
bukan ungkapan yang lahir. Ianya juga
tidak dikenakan kaffarah. |
| |
|
| |
- |
Namun
begitu adalah diingatkan, agar tidak bermain
dengan sumpah apatahlagi
yang menggunakan nama-nama Allah kerana
takut terperangkap di dalam dan dikenakan
kaffarah. |
| |
|
| |
- |
Adalah
lebih elok berterus terang kerana menidakkan
sesuatu yang benar |
| |
|
itu
dianggap sebagai berdusta. |