Carian
 

muftisel
www
     

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Soal Jawab Agama Sosial / Syariah
Soalan 58
Soalan :
Assalamualaikum, saya berumur 24 thn. Saya mempunyai masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh saya dan keluarga saya. Dengan keizinan dari Allah S.W.T, saya merujuk masalah saya pada encik dan mengharapkan pertolongan dari encik. Semasa belajar di Sebuah Intitusi Pengajian Tinggi, saya mempunyai teman lelaki yang juga belajar di tempat yang sama juga. Masa tu umur saya 19thn dan teman lelaki saya berumur 20thn. Dia seorang yang alim, kuat mengaji, selalu azan, dan masuk pertandingan Al-Quran. Kerana sikapnya yang alim itu saya telah jatuh hati pada dia. Sepanjang kami bercinta akhirnya kami telah termakan pujukan syaitan dan melakukan perbuatan yang terkutuk.... iaitu berzina. Perbuatan ini berlarutan selama 2thn. tapi setiap kali terlanjur, kami insaf dan kemudian melakukannya semula. Dia berjanji akan bertang-gungjawab pada saya. dia seorang yang alim dan disukai oleh semua ustaz di uitm.sebab itu saya percaya yang dia akan bertanggungjawab.
 
Selepas 2thn hidup bergelumang dengan dosa, suatu hari tuhan telah membuka pintu hati saya untuk bertaubat. saya benarbenar telah insaf dan menyesal akan perbuatan saya. Saya mengajak teman lelaki saya untuk bertaubat tapi dia tidak mahu. Dia masih berkali-kali mengajak saya berzina, tapi saya berjaya menolak. Sampai suatu masa dia minta saya asyik tak bagi, dia pun buat keputusan untuk berpisah dengan saya dan tidak mahu bertanggungjawab pada saya.
 
Saya jadi buntu. Saya takut. Hari-hari saya menangis teringatkan nasib saya. Saya betul-betul menyesal. Tapi saya masih sayangkan dia dan mahu dia bertanggungg-jawab. Setelah hampir 1thn saya tanggung derita ini sendiri, akhirnya suatu hari saya kuatkan diri saya dan memberitahu perkara ini pada ibubapa saya dan ibubapa bekas teman lelaki saya itu.
 
Tapi malangnya, ibubapa bekas teman lelaki saya tidak percaya akan kata-kata saya. Mereka kata mereka dari keturunan orang-orang alim dan anak mereka orang yang alim, mengaji, sembahyang tak mungkan ini berlaku. Mereka kata saya tidak mengandung, jadi saya tiada bukti. Tak apa Allah Taala maha melihat segala sesuatu. Dialah bukti saya. Tambahan keluarga mereka dipandang alim oleh masyarakat di tempat mereka. Mungkin mereka malu nak mengaku. Tapi saya tiada niat untuk memalukan mereka. Jika mereka sedia bertanggungjawab, saya mahu perkahwinan kami dijalankan seperti orang-orang lain juga ada majlis dan sebagainya. Tapi malangnya bila ibubapa saya menelefon mereka untuk ajak berbincang secara baik, mereka mengelak. Saya beritahu ibubapa bekas teman lelaki saya yang saya bersumpah demi Al-Quran sumpah dengan nama Allah yang anak merekalah yang menghilangkan dara saya.Tetapi mereka tetap tidak percaya dengan sumpah saya.
 
Mak ayah saya dah tua. Selalu sakit-skit. Mereka sedih bekas teman lelaki saya tidak mahu bertanggungjawab. Malah ibubapa bekas teman lelaki saya mahu mengahwin-kan dia secepat mungkin supaya anak mereka tidak perlu bertanggungjawab pada saya. Saya takut jika bekas teman lelaki saya dikahwinkan senyap-senyap minggu depan atau bulan depan. Siapa lagi akan berkahwin dan akan bertanggungjawab pada saya yang dah bekas orang.
 
Hari hari saya menangis berdoa pada tuhan supaya bukakan pintu hati dia supaya mahu bertanggungjawab pada saya. Hari-hari saya menangis menyesal akan perbuatan saya. Kalau dulu bukan saya yang berkeras mahu berhenti dari perbuatan terkutuk ini, mungkin telah lahir seorang anak luar nikah. Syukur tuhan menyelamat-kan saya dari mengandung. Kalau boleh saya tidak mahu buat ibubapa saya sedih dan susah hati tentang masalah saya. Saya sayangkan kedua ibubapa saya. Mereka dah tua. Saya takut mereka kelak tak sempat tengok saya naik pelamin. Tolonglah saya encik. Saya masih sayangkan bekas teman lelaki saya dan betul-betul mahu hidup bersama dengan dia.
 
Saya betul-betul mengharapkan pertolongan dari encik. encik... saya merayu encik tolonglah saya seperti saya ini anak perempuan encik. Semoga tuhan saja yang membalas segala kebaikan encik diakhirat kelak. Saya ini orang yang telah dianiaya dan dikhianati oleh orang yang saya sayangi dan percayai. Saya pernah terbaca dilaman web jais bahagian soaljawab agama mengatakan bahawa lelaki yang telah berzina wajib berkahwin dengan perempuan tersebut.
 
Jawapan :
Perkara yang utama adalah bertaubat. Sila rujuk masalah kepada Bahagian Perundangan Keluarga Jabatan Agama Islam di talian 03-55143471 untuk bercakap dengan Ustazah Sabariah binti Salleh.
2

(Klik Pada Menu Berdasarkan Kategori Di sebelah Kiri)