Assalamualaikum,
saya
seorang pelajar berumur 25 tahun. Saya
ada masalah dan kemusykilan hal hukum
agama di mana saya bertengkar dengna
kawan saya seminggu yang lalu. Dalam
keadaan marah, saya telah mengucapkan
kata-kata yang tidak sepatutnya seperti
"tobat tak tegur dah".
4 hari berikutnya saya telah menegur
beliau seperti biasa dan saya meminta
maaf darinya. Sehingga ke hari ini dia
masih bermasam muka dan tidak menegur
saya. Dia bertanya pendapat teman-teman
yang lain, tanpa memeriksa masalah sebenar
kami dan di sebabkan perwatakan saya
yang dahulunya nakal, mereka telah menjatuhkan
hukuman yang saya berdosa kerana sebelum
ni saya pernah melafazkan kenyataan
"tobat tak tegur dah"
dan kemudiannya memulaukan saya.
Di
sini saya ingin bertanya adakah betul
saya berdosa walaupun saya dah minta
maaf dengan dia dan bagaimana caranya
saya hendak berdamai dengannya kerana
masalah saya ini mengganggu proses pembelajaran
saya dan tambahan pula saya yang akan
menduduki peperiksaan tidak lama lagi