Carian
 

muftisel
www
     

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Soal Jawab Agama Sosial / Syariah
Soalan 52
Soalan :
 
Assalamulaikum

Dulu saya menyayangi kaum sejenis. Tapi sekarang kami telah berubah. masalahnya sekarang ini ialah kami masih tidak dapat melupakan perasaan kami walaupun kami telah berkawan biasa sahaja. Adakah itu berdosa walaupun kami tidak melakukan perkara mungkar?. Berilah kami petunjuk supaya akhlak kami tidak terpesong lagi.
   
  Jawapan :
 

Buat makluman tuan, mengasihi dan menyayangi sesama umat Islam adalah tidak dilarang malah Islam amat menggalakkan rasa mahabbah (kasih sayang) kerana Allah. Namun demikian, rasa kasih sayang sesama Islam juga ada batas-batas syariat yang telah digariskan sebagai panduan. Oleh itu disini, kami menyarankan dan mendoakan agar tuan tidak terus hanyut dalam cinta terlarang kerana Allah telah menjelaskan bahawa hubungan sesama jenis adalah dilarang dan ditegah dalam Islam sekeras-kerasnya serta berdosa bagi sesiapa yang melakukannya. Namun demikian Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang dan pintu taubat masih terbuka untuk tuan dan bertaubatlah dengan taubat nasuha agar tuan dapat meningkatkan keimanan dan sentiasa dalam lindungan Allah S.W.T.

2

 

(Klik Pada Menu Bedasarkan Kategori Di sebelah Kiri)