Carian
 

muftisel
www
     

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Soal Jawab Agama Sosial / Syariah
Soalan 51
Soalan :
  Assalamualaikum,

Saya ingin bertanyakan berkenaan beberapa perkara :-

 
i.
Apakah hukumnya jika saya seorang muslim tinggal serumah dengan seorang yang beragama Hindu dan bagaimana pula dari segi aurat saya sesama dia.
ii.
Rakan serumah saya berugama Hindu telah mengajak saya untuk makan di restoran hindu untuk dia berbuka puasa. Terdapat sijil halal dari JAKIM di restoran tersebut. Banyak patung-patung dewa hindu ditampalkan di restoran tersebut. Arak juga turut di jual di restoran itu. Apakah hukum saya makan di restoran tersebut?.
 
 
  Jawapan :
 

i.

Dibolehkan tinggal serumah dengan orang yang bukan beragama Islam tetapi hendaklah menjaga aurat. Ini kerana aurat orang Islam dengan bukan Islam sama seperti aurat bukan mahram (orang yang boleh dikahwini), bagi orang lelaki dari pusat hingga ke lutut manakala wanita pula semua anggota kecuali muka dan tapak tanggan.
 
ii.
Dikira syubhah memandangkan di dalam restoran tersebut dijual arak dan terdapat patung-patung dewa Hindu. Maka dengan ini, sebaiknya hendaklah memilih tempat makan yang tidak diragui dan menimbulkan syak wasangka dari segi kesucian dan kebersihan makanan tersebut. Di Malaysia juga banyak restoran yang dimiliki oleh orang Islam.
2

(Klik Pada Menu Bedasarkan Kategori Di sebelah Kiri)