Assalamualaikum..
Yang Dikasihi lagi dimuliakan, Dato` Mufti,
Dalam ruangan soal jawap agama (JAIS)
ada memberi jawapan mengenai hukum orang
Islam memelihara anjing, dimana hukumnya
harus dengan syarat dia memelihara kesuciannya.
Sebagaimana yang kita maklumi bahawa
memelihara anjing untuk menjaga ternakan
atau sebagai haiwan pemburu adalah diperbolehkan,
soalan saya bagaimana seorang Islam
itu memelihara anjing bukan untuk tujuan
keduanya itu? .
Kerana
ada hadith shahih yang bermaksud
:
Dari
Ibnu Umar ra, dari Nabi S.A.W sabdanya:
"Barang siapa yang memelihara anjing
yang bukan sebagai anjing penjaga ternak
atau anjing pemburu, maka setiap hari
amalnya akan berkurang sebanyak dua
qirath".
(Hadith
riwayat Bukhari.