Berubat
dengan benda yang najis tidak dibenarkan
bahkan hukumnya haram.Sabda Rasulullah
S.A.W.;
Maksudnya:
"Sesungguhnya Allah telah menurunkan
penyakit dan ubat, dan dijadikan bagi
setiap penyakit itu ubatnya, maka berubatlah
kamu, dan janganlah kamu berubat dengan
yang diharamkan".
(Riwayat
Abi Daud)
Walau
bagaimanapun dalam keadaan darurat di
mana sudah tiada ubat yang lain ketika
itu maka hukumnya harus. Firman Allah
S.W.T.;
Maksudnya:
"Dan sesungguhnya Allah telah
melarang kepada kamu satu persatu apa
yang diharamkanNya atas kamu, kecuali
yang terpaksa kamu memakannya".
(Surah
Al-An`am: 119)