Pada
prinsip asalnya hukum memakan sembelihan
ahli kitab adalah harus. Ianya ijma' para
ulama' berdasarkan firman Allah S.W.T.
dalam surah Al-Maidah ayat 5:
Maksudnya
: " Dan makanan (sembelihan)
orang yang diberikan Kitab itu adalah
halal bagi kamu, dan makanan (sembelihan)
kamu adalah halal bagi mereka (tidak
salah kamu memberi makan kepada mereka)
.
Dalam
hal ini, menurut pendapat As-Sheikh
Tantawi dari Azhar, orang Islam haram
memakan sembelihan orang Yahudi dan
Nasrani kerana ahli kitab pada hari
ini sudah terputus agamanya dengan ahli
kitab Nabi Musa dan Isa a.s. Ini memungkinkan
mereka menyebut selain dari nama Allah
semasa melakukan sembelihan seperti
orang Nasrani yang menyebut nama al-Masih
atau orang Yahudi yang menyebut nama
Uzair, maka jumhur ulama' berpendapat
binatang sembelihan itu tidak halal
dimakan berasaskan firman Allah S.W.T.
dalam surah Al-Maidah ayat 3 :
Maksudnya
: " Dan binatang-binatang yang
disembelih kerana selain dari nama Allah"