Carian
 

muftisel
www
     

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Soal Jawab Agama Sosial / Syariah
Soalan 42
Soalan :
 
Jika terjumpa wang / barang berharga di jalanraya atau di tempat awam, adakah ianya boleh digunakan?
   
  Jawapan :
 

Wang / barang tersebut boleh digunakan dengan syarat hendaklah diisytiharkan terlebih dahulu di tempat awam dalam tempoh satu tahun dengan tujuan mencari pemiliknya. Dalam hal ini, wang / barang berharga yang dijumpai tercicir di jalanan dinamakan barang . Jika pemiliknya tidak dijumpai maka wang tersebut boleh digunakan dengan niat kalau ada pemiliknya yang menuntut orang yang menggunakan sedia menggantinya. Ini berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W :

Maksudnya : " ( Serahkan barang tercicir kepada pemiliknya ) kalau ia datang menuntut, kalau tidak ada yang menuntut, barang itu menjadi amanah di tangan engkau".

(Riwayat Bukhari)

2

 

(Klik Pada Menu Bedasarkan Kategori Di sebelah Kiri)