|
Amalan
seperti itu adalah merujuk kepada adat
orang Melayu yang suka menjamu kepada
tetamunya. Menurut pengajaran Islam, hendaklah
orang ramai, jiran tetangganya atau saudara
maranya menyediakan makanan dan minuman
untuk keluarga si mati yang sudah tentu
berada dalam keadaan sedih dan berdukacita
di atas kematian orang yang dikasihinya.
Perintah berbuat demikian amat tepat sekali
sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. :
Maksudnya
: "Buatlah oleh sekalian kamu
untuk keluarga Jaafar akan makanan maka
sesungguhnya telah datangkepada mereka
apa yang membimbangkan mereka".
(Riwayat
At-Tarmizi)
|