Carian
 

muftisel
www
     

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Soal Jawab Agama Sosial / Syariah
Soalan 21
Soalan :
  Assalamualaikum ustaz,
 
  Saya ada satu pertanyaan,
 
 
Saya seorang wanita yang telah berumahtangga namun sehingga kini belum mempunyai anak. Saya ingin mengambil anak angkat dan memohon pandangan ustaz sekiranya saya mengambil anak angkat (bayi) lelaki, maka apakah caranya agar dirinya menjadi semuhrim dengan saya agar tidak mendatangkan masalah dari segi perhubungan aurat setelah anak itu dewasa nanti. Untuk makluman tuan, saya tidak mempunyai ibu atau saudara perempuan untuk menyusui anak tersebut (bagi menjadikan sesusu).
 
  Ulasan ustaz amatlah saya harapkan, terima kasih.
   
  Jawapan :
 
1.
Anak angkat yang berumur daripada 2 tahun qamariah, jika disusukan oleh ibu angkatnya, maka ia akan menjadi muhrim seperti anak sendiri sebagai muhrim sesusuan.
   
 
2.
Oleh kerana puan tidak mempunyai ibu atau saudara perempuan, maka dalam hal ini, saya mengesyorkan puan bertemu dengan doktor pakar untuk membolehkan puan mengeluarkan air susu sendiri bagi menyusukan anak angkat berkenaan.
   
 
Semoga cita-cita murni puan dapat diselesaikan dengan baik serta mendapat perkenan oleh Allah S.W.T.
2

(Klik Pada Menu Bedasarkan Kategori Di sebelah Kiri)