Carian
 

muftisel
www
     

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Soal Jawab Agama Sosial / Syariah
Soalan 19
Soalan :
 

Assalamualaikum Ustaz,

 
 
Saya telah berkahwin tetapi isteri saya duduk berjauhan dengan saya atas sebab pekerjaan. Oleh kerana keadaan kami sebegini maka kami telah melakukan bersetubuh/berjimak di bulan puasa.
 
 
Disini saya ingin membuat pertanyaan kepada ustaz mengenai kafarah. Seperti
yang terdapat pada website JAIS, saya dapati kafarah adalah:
 
 
1.
Memerdeka seorang hamba (sudah tiada)
 
 
2.
Berpuasa 2 bulan berturut-turut jika sudah dicuba beberapa kali namun tidak mampu disegi syarak hendaklah,
   
 
3.
Memberi 60 orang miskin makan setiap seorang satu cupak makan asasi.
 
 
Saya telah mencuba untuk berpuasa selama 2 bulan berturut-turut tetapi saya tidak mampu. Oleh itu saya ingin mencuba cara ke 3 iaitu memberi 60 orang miskin makan.
 
 
1.
Disini saya ingin mengetahui bolehkah ia ditukar kepada nilai wang dan sekiranya boleh, berapakah nilai satu cupak makan asasi itu? dan boleh kah saya membayarnya di Pusat Zakat Selangor?.
   
 
2.
Apakah hukumannya kepada isteri saya pula kerana kafarah hanya dikenakan kepada lelaki sahaja?. Adakah isteri saya hanya dikenakan qadha puasa sahaja?.
   
  Diharap pihak tuan dapat memberi jawapan kepada persoalan saya ini.
   
  Jawapan :
 
1.
Membayar kaffarah dengan cara yang ketiga iaitu memberi makan 60 orang miskin boleh digantikan dengan memberi setiap orang dari mereka secupak makanan asasi (beras). Nilai satu cupak beras yang telah ditetapkan oleh Pusat Zakat Selangor ialah RM 1.50. Dalam hal ini, kaunter-kaunter kutipan di Pusat Zakat Selangor tidak menerima bayaran kaffarah tersebut. Menjadi kewajipan bagi individu yang terlibat untuk mencari sendiri 60 orang miskin yang benar-benar layak.
 
 
   
 
2.
Isteri tidak dikenakan kaffarah tetapi wajib mengqada' puasa yang telah terbatal.
2

(Klik Pada Menu Bedasarkan Kategori Di sebelah Kiri)