| |
Soalan
: |
| |
Assalamualaikum,
saya berumur 24 tahun. Saya mempunyai
masalah yang tidak dapat diselesaikan
oleh saya dan keluarga saya. Dengan keizinan
dari Allah S.W.T, saya merujuk masalah
saya pada encik dan mengharapkan pertolongan
dari encik. Semasa belajar di Sebuah Intitusi
Pengajian Tinggi, saya mempunyai teman
lelaki yang juga belajar di tempat yang
sama juga. Masa tu umur saya 19 tahun
dan teman lelaki saya berumur 20 tahun.
Dia seorang yang alim, kuat mengaji, selalu
azan dan masuk pertandingan Al-Quran.
Kerana sikapnya yang alim itu saya telah
jatuh hati pada dia. Sepanjang kami bercinta
akhirnya kami telah termakan pujukan syaitan
dan melakukan perbuatan yang terkutuk
iaitu berzina. Perbuatan ini berlarutan
selama 2 tahun. Tetapi setiap kali terlanjur,
kami insaf dan kemudian melakukannya semula.
Dia berjanji akan bertanggungjawab pada
saya. Dia seorang yang alim dan disukai
oleh semua ustaz di institusi pengajian
kami. Sebab itu saya percaya yang dia
akan bertanggungjawab. |
| |
| |
Selepas
2 tahun hidup bergelumang dengan dosa,
suatu hari tuhan telah membuka pintu hati
saya untuk bertaubat. Saya benar-benar
telah insaf dan menyesal akan perbuatan
saya. Saya mengajak teman lelaki saya
untuk bertaubat tapi dia tidak mahu. Dia
masih berkali-kali mengajak saya berzina,
tetapi saya berjaya menolak. Sampai suatu
masa, setiap kali permintaannya saya tolak,
dia pun buat keputusan untuk berpisah
dengan saya dan tidak mahu bertanggungjawab
pada saya. |
| |
|
| |
| |
Saya
jadi buntu. Saya takut. Hari-hari saya
menangis teringatkan nasib saya. Saya
betul-betul menyesal. Tapi saya masih
sayangkan dia dan mahu dia bertanggung-jawab.
Setelah hampir 1 tahun saya tanggung derita
ini sendiri, akhirnya suatu hari saya
kuatkan diri saya dan memberitahu perkara
ini pada ibubapa saya dan ibubapa bekas
teman lelaki saya itu. |
| |
|
| |
| |
Tapi
malangnya, ibubapa bekas teman lelaki
saya tidak percaya akan kata-kata saya.
Mereka kata mereka dari keturunan orang-orang
alim dan anak mereka orang yang alim,
mengaji, sembahyang tak mungkin ini berlaku.
Mereka kata saya tidak mengandung, jadi
saya tiada bukti. Tak apa Allah Taala
maha melihat segala sesuatu. Dialah bukti
saya. Tambahan keluarga mereka dipandang
alim oleh masyarakat di tempat mereka.
Mungkin mereka malu nak mengaku. Tapi
saya tiada niat untuk memalukan mereka.
Jika mereka sedia bertanggungjawab, saya
mahu perkahwinan kami dijalankan seperti
orang-orang lain juga ada majlis dan sebagainya.
Tapi malangnya bila ibubapa saya menelefon
mereka untuk ajak berbincang secara baik,
mereka mengelak. Saya beritahu ibubapa
bekas teman lelaki saya yang saya bersumpah
demi Al-Quran sumpah dengan nama Allah
yang anak merekalah yang menghilangkan
dara saya.Tetapi mereka tetap tidak percaya
dengan sumpah saya. |
| |
|
| |
| |
Mak
ayah saya dah tua. Selalu sakit-sakit.
Mereka sedih bekas teman lelaki saya tidak
mahu bertanggungjawab. Malah ibubapa bekas
teman lelaki saya mahu mengahwinkan dia
secepat mungkin supaya anak mereka tidak
perlu bertanggungjawab pada saya. Saya
takut jika bekas teman lelaki saya dikahwinkan
senyap-senyap minggu depan atau bulan
depan. Siapa lagi akan berkahwin dan akan
bertanggungjawab pada saya yang dah bekas
orang. |
| |
|
| |
| |
Hari
hari saya menangis berdoa pada tuhan supaya
bukakan pintu hati dia supaya mahu bertanggungjawab
pada saya. Hari-hari saya menangis menyesal
akan perbuatan saya. Kalau dulu bukan
saya yang berkeras mahu berhenti dari
perbuatan terkutuk ini, mungkin telah
lahir seorang anak luar nikah. Syukur
tuhan menyelamat-kan saya dari mengandung.
Kalau boleh saya tidak mahu buat ibubapa
saya sedih dan susah hati tentang masalah
saya. Saya sayangkan kedua ibubapa saya.
Mereka dah tua. Saya takut mereka kelak
tak sempat tengok saya naik pelamin. Tolonglah
saya encik. Saya masih sayangkan bekas
teman lelaki saya dan betul-betul mahu
hidup bersama dengan dia. |
| |
|
| |
| |
Saya
betul-betul mengharapkan pertolongan dari
encik. Saya merayu encik tolonglah saya
seperti saya ini anak perempuan encik.
Semoga tuhan saja yang membalas segala
kebaikan encik diakhirat kelak. Saya ini
orang yang telah dianiaya dan dikhianati
oleh orang yang saya sayangi dan percayai.
Saya pernah terbaca dilaman web jais bahagian
soaljawab agama mengatakan bahawa lelaki
yang telah berzina wajib berkahwin dengan
perempuan tersebut. |
| |
|
| |
| |
Jawapan
: |
| |
Perkara
yang utama adalah bertaubat. Sila rujuk
masalah kepada Bahagian Perundangan Keluarga
Jabatan Agama Islam di talian 03-55143471
untuk bercakap dengan Ustazah Sabariah
binti Salleh. |