Carian
 

muftisel
www
     

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Soal Jawab Agama Sosial / Syariah
Soalan 12
Soalan :
 

Salam hormat buat tuan/puan,

 
 
Dengan penuh harapan saya ingin mendapat jawapan yang sah berserta dengan dalilnya atau hadisnya sekali berkaitan dengan masalah saya ini :-
 
 
1.
Sebulan yang lalu saya telah mengambil anak angkat perempuan (baby yang baru lahir), Saya difahamkan tidak batal air sembahyang antara anak angkat dengan suami saya sekiranya anak itu disusukan oleh adik perempuan suami saya, iaitu sekurang-kurangnya 3 kali kenyang atau 5 kali kenyang.
 
 
 
2.
Saya juga difahamkan jika saya sendiri yang menyusukan anak itu dia juga sah dengan suami saya nanti. (jika saya mengambil hormon untuk susu badan) Untuk pengetahuan tuan/puan saya tidak dapat melahirkan zuriat sendiri. Oleh kerana inginkan zuriat kami buat keputusan untuk mengambil anak angkat. Saya amat berharap jawapan yang jelas dari pihak tuan, kerana mak mertua saya kata perkara ini salah disisi agama, jadi saya perlukan bukti yang kukuh untuk menjelaskan sebaik-baiknya, agar perkara ini dapat diselesaikan secepat mungkin. Terutamanya perkara yang no. 1.
     
  Sekian terima kasih,
  wassalam
   
  Jawapan :
 
1.
Hukum anak angkat yang menyusu badan kepada adik perempuan suami adalah harus dan adik perempuan suami itu dinamakan ibu susu.
   
 
2.
Air sembahyang suami tidak batal jika bersentuh dengan anak angkat yang manyusu dengan adik suami.
   
 
3.
Diharuskan seseorang wanita mengambil hormon bagi mengeluarkan air susu dengan tujuan menyusukan anak angkat supaya tidak batal wuduk jika bersentuhan setelah anak angkat itu meningkat remaja/dewasa.
   
 
4.
Tidak boleh / haram membinkan anak angkat kepada bapa angkatnya.
2

(Klik Pada Menu Bedasarkan Kategori Di sebelah Kiri)