Saya
ingin bertanya jika ustaz/ustazah tahu
bagaimana ingin mengubat penyakit suka
pada kaum sejenis (homosexuality). Saya
sudah pun berumur 26 tahun. Seperti kekawan
lain saya ingin berumah tangga. Saya rasa
begitu tertekan dan tidak faham mengapa
saya ditakdirkan begini.
Untuk
pengetahuan Ustaz/Ustazah, pendidikan
agama saya alhamdulillah cukup (Agama
saya SPM A1) dan saya tahu mengenai
kisah nabi luth dan larangan tuhan.
Sebab itu saya tidak melakukan perbuatan
terkutuk seperti seks rambang/seks sejenis
dan sebagainya. Saya rasa hidup saya
begitu kosong, jiwa tidak tenang dan
setiap hari saya sering termenung mengenangkan
mengenangkan nasib saya ini. Saya bukannya
seorang yang lembut ataupun pondan,
saya seorang lelaki normal. Namun saya
tidak memahami mengapi saya mempunyai
nafsu terhadap kaum sejenis. Saya pernah
cuba keluar dengan seorang wanita tetapi
hati saya rasa tidak mempunyai perasaan
terhadap wanita tesebut.
Ustaz/
Ustazah, saya telah cuba sedaya upaya.
Saya sangat sedih. Melalui research
saya diinternet saya dipahamkan agama
kistian boleh menyembuhkan penyakit
homoseksual. Cuba ustaz/ustazah pergi
ke yahoo ataupun google dan type 'cure
for homosexuality'.. Disitu ustaz/ustazah
dapat melihat dakyah/article mengenai
'christian has the cure for homosexuality'.
Tapi
saya meraguinya kerana keyakinan saya
terhadap agama Islam masih utuh. Saya
mencintai agama Islam. Saya telah pergi
menziarahi Baitullah 3 kali dan berdoa
pada tuhan agar nafsu syahwat homoseksual
saya dihapuskan namun sehingga kini
saya masih menanti saat doa saya dikabulkan.
Saya tidak pernah berputus asa berdoa
pada tuhan setiap kali menunaikan solat.
Kadang kala saya rasa berputus asa dan
sedih mengenangkan nasib saya. Kebanyakan
kekawan saya sudahpun mendirikan rumah
tangga dan mempunyai cahaya mata.
Saya
ingin meminta jasa baik ustaz/ustazah
sekiranya ustaz/ustazah tahu cara-cara
untuk menghilangkan/mengubati penyakit
ganjil saya ini. Adakah di dalam Al-Quran
terdapat ayat-ayat yang dapat diamalkan?
Dapatkah
ustaz/ustazah membantu saya atau merujukkan
saya pada kiyai atau seseorang yang mempunyai
ilmu agama yang tinggi yang dapat membantu
masalah saya. Adakah mungkin saya ini
terkena sihir? Tolonglah ustaz/ustazah,
saya rasa hidup ini sudah tidak bermakna
lagi. Bantulah saya ustaz/ustazah, hidup
saya begitu tertekan.
Saya berharap ustaz/ustazah dapat membalas
email saya ini.
Tolonglah
saya ini...