Carian
 

muftisel
www
     

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Soal Jawab Agama Munakahat
Soalan 9
Soalan :
 

Assalamualaikum;

 
 
Harap berikan tempoh edah dan perkara2 yang tidak boleh dilakukan oleh isteri dalam tempoh itu. Harap mendapat jawapan bagi soalan ini.
 
  Terima Kasih,
   
  Jawapan :
  Tempoh Edah Bagi Isteri Yang Kematian Suami :-
 
1.
Jika Isteri mengandung edahnya ialah dengan lahir anaknya.
 
2.
Jika tidak mengandung edahnya 4 bulan 10 hari.
 
  Larangan Dalam Masa Edah
 
1.
Tidak boleh berhias seperti memakai pakaian berwarna dengan tujuan bersolek.
 
2.
Tidak boleh memakai gelang waktu siang hari.
 
3.
Tidak boleh memakai bahan yang wangi pada badan, pakaian dan makanan.
 
4.
Tidak boleh bercelak dengan celak hitam, tetapi celak warna putih kerana buat ubat di haruskan pada waktu malam sahaja.
 
 
5.
Wajib sentiasa duduk di rumah kecuali ada hajat seperti membeli makanan atau di ganggu keselamatan.
 
 
6.
Tidak boleh menunaikan haji dan umrah dalam masa edah.
 
  Perempuan yang meninggalkan berkabung adalah berdosa.
2

(Klik Pada Menu Bedasarkan Kategori Di sebelah Kiri)