Carian
 

muftisel
www
     

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Soal Jawab Agama Munakahat
Soalan 8
Soalan :
 

Assalamualaikum ustaz,

 
 
Saya baru melangsungkan perkahwinan sebulan yang lalu, di sini saya ingin bertanya adakah benar haram hukumnya jika suami isteri memanggil pasangan masing-masing dengan gelaran mama dan baba?
 
Jika benar haram hukumnya, bagaimanakah caranya untuk kami bertaubat bagi membetulkan kembali kesalahan ini.
 
Diharap ustaz dapat membantu saya, ini adalah kerana saya amat bingung dengan perkara ini.
 
  Terima kasih
   
  Jawapan :
 
Tidak berdosa memanggil pasangan masing-masing dengan gelaran mama & baba. Ini adalah kerana Islam tidak meletakkan satu panggilan khusus bagi pasangan suami dan isteri ketika berinteraksi antara satu sama lain. Walaubagaimanapun Islam menggalak-kan suami isteri memanggil dengan panggilan yang paling disukai oleh pasangan masing-masing. Dengan cara yang demikian, hubungan antara suami isteri akan men-jadi mesra dan kehidupan akan bertambah harmonis.
2

 

(Klik Pada Menu Bedasarkan Kategori Di sebelah Kiri)